Kuli sampai ucaptama majlis dialog hubungan Msia-Spura di JB
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah akan menyampaikan ucaptama di majlis dialog Kongres Kepentingan Bangsa peringkat negeri Johor, Sabtu ini, dengan agenda terasnya mengenai hubungan Malaysia dengan Singapura.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah akan menyampaikan ucaptama di majlis dialog Kongres Kepentingan Bangsa peringkat negeri Johor, Sabtu ini, dengan agenda terasnya mengenai hubungan Malaysia dengan Singapura.
Kongres tersebut adalah anjuran bersama Sekretariat Kongres Kepentingan Bangsa peringkat kebangsaan dan Badan Kebajikan Guru-guru Islam bersara daerah Johor Bahru.
Menurut jurucakap penganjur, kongres itu akan berlangsung di Kompleks Islam, Jalan Masjid Abu Bakar, Johor Bahru mulai jam 8 pagi.
Katanya, beberapa ahli penal akan membincang tajuk majlis dialog tersebut, iaitu Hubungan Malaysia-Singapura berasaskan geografi, sejarah, kebudayaan dan ekonomi.
Pihak penganjur majlis dialog tersebut menjemput orang ramai supaya datang beramai-ramai bagi menjayakannya.
Keputusan kerajaan untuk membatalkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kini menjadi isu yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat negeri Johor.
Majlis forum
Tiga minggu lalu, Umno bahagian Pulau telah mengadakan majlis taklimat khas yang dihadiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menjelaskan rasional keputusan kerajaan itu.
Manakala Sabtu lalu, Pergerakan Pemuda Umno bahagian yang sama, telah menganjurkan majlis forum mengenai hubungan Malaysia-Singapura di Johor Bahru.
Forum bertajuk 'Keharmonian hubungan Malaysia-Singapura sebagai teras kesetiakawanan dan keamanan Asean' itu dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Halehwal pemuda bahagian berkenaan.
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga ahli exco Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Biro Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan tersebut telah dijemput menyampaikan ucaptama di majlis tersebut.
http://www.malaysiakini.com/news/50426
Manakala ahli-ahli penalnya ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad; bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB), Datuk Hassan Ahmad dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Ruhanie Ahmad.
http://www.malaysiakini.com/news/50427


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.