PAS pertikaikan tindakan PBB
Pemuda PAS mengutuk tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengakui bahawa tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan selaras dengan resolusi pertubuhan itu untuk membanteras pengganas.
"Pemuda PAS mempertikaikan kenyataan setiausaha agung PBB yang mengakui bahawa tindakan AS sebagai betul kerana selaras dengan resolusi PBB untuk membanteras pengganas," memorandum Pemuda PAS kepada setiausaha agung PBB dipetik.
Memorandum itu diserahkan oleh ketua Pemuda Mahfuz Omar kepada wakil PBB di Malaysia, Anis Yusal Yusoff di ibu pejabat PBB di Kuala Lumpur petang tadi.

Mahfuz turut diiringi beberapa pemimpin Pemuda termasuk timbalannya Salahuddin Ayub dan setiausaha penerangan Hanifa Maidin
PBB dangkal
"Adakah PBB begitu dangkal menerima pendekatan ganas untuk memusnahkan pengganas. Jika benar AS ikhlas hendak menghapuskan pengganas, maka mengapa AS tidak menyerang Israel yang mengganas di Palestin, Russia yang mengganas di Chechnya atau Serbia yang mengganas di Bosnia," memorandum itu dipetik.
Menurut Mahfuz, Pemuda PAS memandang berat tindakan ganas AS itu kerana serangan yang dilancarkan ke atas Afghanistan tanpa disertai bukti kukuh tentang tuduhan yang dilemparkan kepada Osama bin Laden.
Sementara itu, presiden PAS Datuk Fadzil Noor berkata serangan AS ke atas Afghanistan perlu dilihat daripada aspek kemanusia bukan hanya isu yang berkaitan umat Islam.
"Ini (serangan ke atas Afghanistan) soal kemanusiaan bukan hanya membabitkan umat Islam saja," katanya.
Oleh itu, katanya seluruh masyarakat perlu menyumbang bantuan terutama dari segi kemanusiaan kepada penduduk di Afghanistan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.