Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Gamis dakwa DAP, anak buahnya Dong Zong 'pengkhianat'
Diterbitkan:  Dec 26, 2019 1:54 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menuntut supaya Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden Gamis Mohd Zofrie Zulhilmie Ruslee berkata sejarah menunjukkan Dong Zong memiliki agenda "memecahkan keharmonian kaum di negara Malaysia."

"Ayuh rakyat Malaysia sekalian, buka mata dengan lebih luas! Saksikan agenda biadab si pengkhianat DAP ini dan anak buahnya pertubuhan Dong Zong dalam mengheret negara kita ke dalam kancah perpecahan kaum!

"Jangan hanya disebabkan Dong Zong, peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali!" Tegas Mohd Zofrie pada hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, gesaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya Gamis disiasat adalah "bukti" agenda Dong Zong selari dengan DAP.

"Semenjak mereka memegang tampuk pemerintahan mereka semakin berani menunjukkan belang pengkhianat mereka terhadap negara ini," kata Mohd Zofrie.

Moh Zofrie turut menyeru golongan mahasiswa menentang golongan pengkhianat negara ini.

"Ayuh mahasiswa sekalian! Kita bergerak menentang si pengkhianat negara ini biar sampai lumat, biar sampai mereka tahu tingginya langit dan menyesal hingga jatuh melutut ke bumi sekiranya mereka tetap membawa agenda memecahbelahkan perpaduan negara kita," katanya.

Dong Zong akan mengadakan pertemuan tertutup pada Sabtu ini bersama wakil NGO Cina bagi membincangkan dasar pendidikan, termasuk langkah pengenalan Jawi di sekolah.

Pelajaran "Seni khat" sepanjang tiga halaman dalam buku teks Bahasa Malaysia murid tahun empat untuk 2020, diterbitkan kembali Malaysiakini di sini.

 

Lihat Komen
ADS