Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jawi: Darjah 5, 6 akan belajar tulis Tugu Negara, halal, ucapan raya...
Diterbitkan:  Dec 27, 2019 12:56 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Mengenali perkataan Tugu Negara, tulisan papan tanda dan label halal antara yang dicadangkan untuk pengenalanan tulisan Jawi di bagi murid darjah 5 di sekolah Cina dan India mulai tahun 2021.

"Manakala tahun 6, antara cadangannya adalah kad ucapan hari raya, papan tanda universiti dan juga artifak sejarah,” kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Dr Habibah Abdul Rahim.

Beliau berkata demikian dalam Forum Jawi: Saling Memahami, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) ibu negara malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, wakil Yayasan Tamil K Arumugam dan Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia Prof Badlishah Sham.

Murid sekolah tahun 5 dan tahun 6 di sekolah rendah jenis kebangsaan akan mula belajar pengenalan tulisan jawi mulai tahun 2021 dan 2022.

Dr Habibah Abdul Rahim 

Kabinet pada Ogos mengekalkan keputusan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah tahun 4 di sekolah-sekolah vernakular.

Setelah kontroversi panjang, murid darjah empat diputuskan akan belajar menulis perkataan seperti Malaysia seperti di wang kertas dan Bersekutu Bertambah Mutu pada jata negara.

Habibah juga berkata tulisan rumi tidak sesekali akan ditukar kepada Jawi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS