Terjemahan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) telah melancarkan sebuah buku kecil setebal 24 muka surat mengenai kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Buku tersebut yang bertajuk 'Kenaikan Harga Minyak: Hakikat & Persoalan' itu lengkap dengan latarbelakang isu tersebut dan angka-angka terkini daripada laporan-laporan terbaru kerajaan.

Kesimpulan buku itu ialah persolan: Dengan pertambahan keuntungan Petronas selaras dengan kenaikan mendadak harga minyai mentah dunia, tidakkah keuntungannya itu sepatutnya digunakan untuk mensubsidi harga minyak dan menurunkan kos hidp bagi rakyat kebanyakana di Malaysia?

Bukan setakat pengurusan kerajaan terhadap perolehan Petronas diteliti, buku kecil itu juga meneliti secara mendalam nasihat kerajaan kepada rakyat supaya "mengubah cara hidup".

Menurut buku itu lagi, hampir dua pertiga rakyat Malaysia tidak akan mampu "mengubah carahidup" kerana mereka berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Untungkan Scomi?

Buku itu juga mendakwa, pihak yang berpotensi mendapat faedah daripada keputusan kerajaan untuk menyalurkan RM4.4 billion yang 'dijimatkan" daripada pengurangan subsidi, adalah tidak lain daripada Scomi Group Bhd, sebuah syarikt milik Kamaluddin Abdullah, anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berdasarkan satu laporan media, anak syarikat kejuruteraan Scomi dikatakan telah membuat bida bagi projek RM120 juta untuk membina bahagaian badan 400 buah bas, daripada peruntukan tabung amanah RM4.4 bilion bagi menambahbaik sistem pengangkutan awam negara.

"Persoalannya ialah, sebaik manakah sitem pengangkutan awam itu akan diuruskan jika keseluruhan operasinya dimonopoli oleh anak-anak menteri. Adakah ia akan berjaya dilaksanakan sepenuhnya, dengan kualiti perkhidmatan yang terbaik sepertimana yang diharapkan oleh rakyat, atau sebaliknya menimbulkan komplikasi," kata buku kecil itu.

Buku versi internet

Penyelaras utama projek tersebut yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Dr Hatta Ramli berkata, 50,000 nashkah telah dicetak, dan sehingga ini, 20,000 daripadanya sudahpun diedarkan ke seluruh negara.

Salinan buku tersebut juga telah diedarkan kepada orang ramai sewaktu perhimpunan Hari Pekerja di taman KLCC semalam.

Mereka yang ingin mendapatkan buku tersebut boleh menghubungi Sekretariat Protes di talian 03-4025 4740 atau menghantar emel ke alamat: proteshargaminyak@yahoo.com

Kandungan penuh buku tersebut juga boleh diperolehi di lamanweb berkenaan. Hatta juga menggalakkan orang ramai yang perihatan terhadap isu tersebut supaya menyalin isi buku tersebut dalam lamanweb berkenaan dan mengedarkannya kepada kawan-kawan dan sanak saudara. Berita asal