238 pekerja asing tanpa izin disebat
Terjemahan Sejumlah 238 pekerja asing tanpa izin telah menjalani hukuman sebat mengikut Akta Imigresen 1959 (Pindaan) 2002 sehingga 31 Mac tahun ini.
Terjemahan Sejumlah 238 pekerja asing tanpa izin telah menjalani hukuman sebat mengikut Akta Imigresen 1959 (Pindaan) 2002 sehingga 31 Mac tahun ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Halehwal Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahman Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa angka tersebut tidak termasuk 13,702 pekerja tanpa izin yang telah didakwa, menjalani hukuman penjara dan dihantar pulang.
Di samping itu, seramai 150 majikan Malaysia sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Menjawab soalan Madius Tangau (BN-Tuaran), Abdul Rahman berkata, mengikut data Jabatan Imigresen, terdapat 1.83 juta pekerja tanpa izin, sambil menambah tiada pekerja asing dan majikan yang dijatuhkan hukuman sebat di bawah undang-undang tersebut.
Menurutnya, berikutan proses pengampunan pada Mac 2005, hampir 400,000 pekerja tanpa izin telah kembali ke negara masing-masing.
Masalah keselamatan dalaman
Sementara itu, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) mendakwa terdapat kira-kira 700,000 pekerja tanpa izin di negara ini.
Beliau mendakwa, jika dicampur dengan yang datang secara sah, maka terdapat sejumlah 2.5 juta pekerja asing di negara ini.
"Jika tidak ada mekanisme untuk mengawal (kebanjiran mereka), kita akan dibanjiri pekerja asing, sama ada yang sah atau yang haram, dan ini akan menimbulkan masalah keselamatan," kata Chor.
Ketika menjawabnya, Abdul Rahman berkata, usaha bersama antara pihak imigresen, dan sukarelawan awam dan pihak polis, telah berjaya menyekat kebanjiran pekerja tanpa izin ke negara ini. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.