Semua senapang anggota Rela di Pahang disimpan di balai polis
Semua senjatapi milik anggota Rela di Pahang disimpan di balai polis berhampiran dan hanya boleh dikeluarkan apabila ada tugas rasmi yang memerlukan senjata api.
Semua senjatapi milik anggota Rela di Pahang disimpan di balai polis berhampiran dan hanya boleh dikeluarkan apabila ada tugas rasmi yang memerlukan senjata api.
Arahan tersebut dibuat oleh Ketua Polis Pahang Januari lalu kepada semua Ketua Polis Daerah bertujuan untuk menjaga keselamatan senjata api tersebut dan membendung penyalahgunaan senjata api Rela.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata polis Pahang tidak pernah menarik balik senjata api daripada anggota Rela, menyimpan di balai berikutan kejadian-kejadian yang berlaku di Pahang yang membabitkan anggota Rela.
Katanya, ini termasuklah kejadian menembak secara melulu di tempat awam, ada kejadian menembak kawan semasa memburu, ada juga menggunakan senjata untuk memburu dan pelbagai lagi.
Menurut Bernama, Johari menjelasksan demikian semasa menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini.
Serah senjata
Katanya, beliau mahu membetulkan bagi pihak kementeriannya dan pihak polis berhubung isu yang mengatakan senapang anggota Rela ditarik balik di Pahang, dan mereka diarah menyerahkannya ke balai polis berhampiran di seluruh Pahang.
Katanya buat masa ini, arahan tersebut tidak dikeluarkan kepada negeri lain dan hanya di Pahang, kerana kes terakhir yang berlaku di Jerantut membabitkan seorang pegawai Rela yang melepaskan tembakan di tempat awam tanpa kebenaran.
Mohd Johari berkata, pegawai polis sendiri juga perlu menyerahkan senjata mereka di balai berkenaan selepas bertugas.
"Hanya mereka (anggota polis) yang terlibat dalam kes tertentu, yang bertugas 24 jam dan juga di cawangan seperti Narkotik dan UTK (Unit Tindakan Khas) sahaja dibenarkan membawa balik senjata," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.