Bon kebebasan akhbar diurusniaga di bursa saham
Terjemahan
Apa yang anda perolehi apabila pemilik bank Switzerland menemui pertubuhan kebebasan akhbar? Anda akan memperolehi bon pembangunan media.
Terjemahan
Apa yang anda perolehi apabila pemilik bank Switzerland menemui pertubuhan kebebasan akhbar? Anda akan memperolehi bon pembangunan media.
Bon yang unik ini dikeluarkan melalui inisiatif tiga kumpulan Kumpulan Bank Vontobel Switzerland, pakar pelaburan sosial responsAbility di Switzerland, dan Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF), yang beribupejabat di New York yang menyalurkan bantuan kewangan kepada media-media bebas di seluruh dunia.
Bon sosial itu yang dilancarkan hari ini sempena Hari Kebebasan Sedunia, merupakan yang pertama di dunia yang akan disenaraikan di bursa-bursa saham utama dunia.
Kini semakin ramai pelabur yang bukan sahaja mencari pulangan kewangan, tetapi pada masa yang sama juga, mahu melihat pulangan sosial daripada pelaburan mereka.
Bagi setiap bon 'kebebasan akhar' yang dijual, Vontobel akan melabur dalam pasaran kewangan, dan selain itu, menggunakan sebahagian daripadanya untuk menyedia pinjaman kepada MDLF pada kadar faedah hanya 1% setahun.
Dengan memperolehi dana pada kadar faedah yang rendah, MDLF kemudiannya boleh menyalurkan Pelaburan dan pinjaman kepada pertubuhan media terpilih.
"Keperluan terhadapnya amat besar sekali," kata Pengarah Urusan MDLF, Sasa Vucinic.
"Lebih 80 peratus penduduk tinggal di negara-negara yang tidak ada kebebasan akhbar. Dalam lain perkataan, lebih lima bilion penduduk tidak mempercayai apa yang mereka baca dalam akhbar, di radio dan TV, dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di negara mereka," katanya.
Sehingga ini, MDLF telah menyediakan bantuan kewangan atau pelaburan pada kadar faedah yang rendah berjumlah AS$48.5 juta kepada 53 pertubuhan media bebas di 17 negara, termasuk pegangan 29 peratus dalam malaysiakini.com.
Sebagai sebuah badan yang tidak bermotifkan keuntungan, pulangan daripada pelabuaran seperti itu dilaburkan semula dalam syarikat media yang lain. MDLF berjaya mencatatkan pulangan 96.9 % walaupun ada antara pelaburannya dibuat di negara-negara yang berisiko tinggi.
Diurusniaga di bursa Zurich
Pinjaman daripada MDLF pada amnya digunakan untuk membeli mesin cetak dan peralatan penyiaran, untuk membolehkan penyebaran berita yang bebas kepada lebih ramai orang dan untuk menjana pendapatan tambahan.
Bantuan kewangan yang disediakan oleh MDLF merupakan satu-satunya cara untuk membolehkan syarikat media bebas memperolehi modal dan bebas daripada kawasan kerajaan ataupun pihak-pihak yang berkepentingan.
MDLF biasannya mendapat sumbangan kewangan daripada yayasan dan agensi pembangunan antarabangsa. Bagaimanapun, berikutan jumlah permintaan bantuan yang melebihi sumber kewangan yang ada, maka MDLF telah memperkenalkan pendekatan yang lebih inovatif.
Pada 2005, MDLF bekerjasama dengan Yayasan Calvert untuk melancarkan Nota Pelaburan Kebebasan Akhbar di Amerika Syarikat. Bon tersebut menawarkan pulangan 2% kira-kira separuh daripada pulangan yang ditawarkan oleh Nota Perbendaharaan Amerika yang lain.
Bon Switzerland merupakan yang dikedua dikeluarkan oleh MDLF. Bezanya jumlah bagi bon Switzerland ini dijangka lebih tinggi kerana ia akan diurusniaga di bursa Zurich.
Penerbitan bon Switzerland akan menjadi asas permulaan kepada aktiviti-aktiviti sosial yang lain untuk mengumpul dana.
"Produk kewangan yang disenaraikan untuk menjana pelaburan swasta bagi menyokong kebebasan akhbar adalah merupakan satu usaha revolusi, bukan sahaja untuk pembangunan media, tetapi untuk tujuan sosial yang lain.;
"Ia boleh menyediakan rangka tindakan bagi menarik penyertaan pihak swasta dalam projek-projek sosial di seluruh dunia. Vontobel, responsAbility dan masyarakat kewangan Swiss patut dipuji atas visi mereka itu," kata Vucinic. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.