DAP: Tindakan menghukum kjaan negeri tidak munasabah
Terjemahan Menghukum mana-mana kerajaan negeri yang tidak menjelaskan pinjaman daripada kerajaan pusat, dengan tidak membenarkan lagi mereka memohon pinjaman baru adalah 'tidak munasabah', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Terjemahan Menghukum mana-mana kerajaan negeri yang tidak menjelaskan pinjaman daripada kerajaan pusat, dengan tidak membenarkan lagi mereka memohon pinjaman baru adalah 'tidak munasabah', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Komunikasi, Air dan Tenaga, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik mengenai 'hukuman' tersebut.
Melahirkan rasa terkejutnya dengan kenyataan tersebut, Lim berkata: "Hukuman seumpama itu tidak masuk akal dan tidak pula menakutkan mana-mana kerajaan negeri atau menggalakkan mereka membayar balik (pinjaman)," katanya.
Keng Yaik berkata, kerajaan-kerajaan negeri berhutang kepada kerajaan pusat sejumlah RM7.5 juta dalam bentuk pinjaman untuk projek air, dengan Kedah merupakan negeri terbanyak berhutang (RM1.18 billion).
Pendekatan tidak adil
Katanya, Keng Yaik mahu mendapat balik pinjaman itu dengan membentangkan rang undang-undang Industri Perkhidmatan Air (WSI) dan Suruhanjya Perkhidman Air Negara (Span) 2006 supaya kerajaan dapat mengambih alih bekalan air di semua negeri.
Sebaliknya, kata beliau, Keng Yaik, sepatunya mengambil tindakan untuk mendapatkan semula pinjaman kerana terdapat banyak cara boleh digunakan untuk berbuat demikian, sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Lim berkata, ini adalah antara sebab mengapa DAP menentang dua rang undang-undang tersebut yang dijadual dikemukakan oleh Keng Yaik di Dewan Rakyat pada hari berikutnya.
Sebab-sebab lain termasuk ianya bukan untuk kepentingan negara dan melanggar hak asasi manusia untuk bekalan air yang termampu oleh mereka.
Kesemuanya, parti pembangkan itu menyenaraikan lapan lagi sebab mengapa ia menentang rang undang-undang tersebut.
Lim juga berkata, pihak pengguna, terutama dari Lembah Klang, juga telah mengadu mengenai bekalan air yang kotor dan tercemar.
"Bagaimana kita hendak menarik keyakinan pelabur dalam pembangunan ekonomi kita jika kita tidak mampu menjamin bekalan air yang bersih?" soalnya.
Sehubungan itu, katanya, DAP menggesa supaya kedua-dua rang undang-undang itu disemak semula. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.