Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan Jamal untuk ketepi saman Teresa Kok

Kes saman Menteri Industri Utama Teresa Kok terhadap Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos akan diteruskan dengan pendengaran pada 25 Februari depan.

Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan Jamal untuk mengetepikan saman Kok.

Peguam plaintif K Murali mengesahkan keputusan itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon semasa pengurusan kes di kamarnya.

Katanya, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati tiada merit dalam permohonan yang difailkan Jamal selaku defendan.

"Mahkamah memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM3,000 dan perbicaraan kes saman itu akan diteruskan," katanya dan menambah mahkamah menetapkan 14 Jan untuk pengurusan kes selanjutnya.

“Ya, Jamal cuba ketepikan (saman ini) dan permohonannya ditolak,” kata Murali ketika dihubungi hari ini.

Murari berkata permohonan itu ditolak atas alasan tiada merit manakala saman Kok itu satu tindakan yang sah dan boleh dibicarakan dalam pendengaran penuh.

Kok menyaman Jamal susulan dakwaan penyalagunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Pada 16 Mac 2017, Jamal membuat laporan pada SPRM yang antaranya mendakwa Kok menyalahgunakan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bawah Yawas.

Pada 31 Mac tahun sama, SPRM menyerbu pejabat Kok dan merampas beberapa dokumen untuk siasatan itu.

Lihat Komen
ADS