Kebebasan akhbar: Pak Lah belajarlah dari Dr M
Terjemahan Di kemuncak pentadbirannya, gambar beliau terpapar di muka depan akhbar di negara ini hampir setiap hari. Tetapi kini keeadaan sudah berubah.
Terjemahan Di kemuncak pentadbirannya, gambar beliau terpapar di muka depan akhbar di negara ini hampir setiap hari. Tetapi kini keeadaan sudah berubah.
Kini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak puas hati kerana editor tidak menyiarkan komennya.
Menurut seorang aktivis, ini merupakan pelajaran penting bagi pengganti Dr Mahathir sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar hari ini.
Penolong Setiausaha Dewan Perhimpunan Pemuda Cina Selangor, Ng Chong Soon (foto- iri) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu mendukung kebebasan akhbar bagi mengelak dirinya menerima nasib yang sama apabila bersara kelak.
"Malah Mahathir sendiri (kini) dapat merasa perasaan bagaimana bila hak bersuaranya disekat. Jadi Pak Lah (Abdullah) patut mendukung kebebasan bersuara sewaktu pentadbirannya.
"Jangan hanya menyesal selepas bersara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya.
Ng adalah sebahagian daripada delegasi gabungan Badan Bertindak Menentang Campurtangan Politik dalam Media (API-Media) yang menyerahkan memorandum kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Memorandum tersebut menggesa Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, supaya menghapuskan syarat mendapatkan permit percetakan dan jangan membelenggu media.
Lebih 15 perwakilan dari pelbagai pertubuhan termasuk Suaram, Perikatan Penulis Media Independen (Wami), Pusat Kewartawan Independen (CIJ), Dewan Perhimpunan Pemuda Cina Selangor (SCAHY), Pergerakan Pelajar dan Pemuda Demokratik Malaysia (Dema) dan parti-parti pembangkang, turut hadir.
Memorandum tersebut diterima oleh Alex Teh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Foo Ah Kiow daripada wakil-wakil gabungan tersebut Ng, Yap Swee Seng (Suaram) dan Yip Wai Fong (CIJ).
Mereka diberitahu yang Adullah dan timbalan menteri tiada di pejabat.
Lima tuntutan
Memorandum tersebut yang turut disokong oleh 37 pertubuhan dan 92 wartawan, aktivis sosial dan pemimpin masyarakat menggariskan lima tuntutan:
1. Pemansuhan syarat pelesenan dalam PPPA (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan).
2. Menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai kebebasan media.
3. Tiada sekatan penyiaran berita-berita penting.
4. Tidak menyenaraihitam penulis.
5. Jangan melengahkan kelulusan pembaharuan permit pencetakan.
Selepas menyerahkan memorandum tersebut, mereka yang hadir merentang sepanduk yang mahukan kebebasan akhbar sambil melaungkan 'Tak Nak KDN! Bebaskan Media'.
Turut hadir ialah kolumnis malaysiakini Eow Bung Poo (versi bahasa Cina) dan Lee Ban Chen (versi bahasa Melayu).
Bercakap kepada pemberita, Lee berkata kolumnya dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News telah diberhentikan awal tahun ini atas 'arahan pihak atasan'.
"Permit percetakan Oriental Daily belum diperharui, jadi akhbar harian tersebut terpaksa mematuhi arahan supaya menghentikan kolum saya, kerana (dalam keadaan sedemikian) ia tidak mampu mempertahankan penulis-penulisnya," tambahnya.
Eow pula mendakwa, Oriental Daily diarahkan supaya tidak mengambil beliau dan lima orang lagi bekerja sebagai syarat untuk mendapatkan permitnya pada 2003.
Sementara itu, Yap berkata, gabungan tersebut kecewa kerana Abdullah tidak dapat menemui mereka walaupun mereka telah menghantar surat mengenainya minggu lalu.
"Kami berada di sini hari ini untuk menyatakan kebenaran tetapi nampaknya Pak Lah (Abdullah) tiada berhasrat untuk mendengar kebenaran," tambahnya.
Dalam satu perkembangan berkaitan, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menggesa supaya diberi kebebasan akhbar yang lebih luas bagi memerangai rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Dalam satu kenyataan, Presiden NUJ, Norila Mohd Daud berkata, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kemajuan sebarang program kerajaan kerana mereka (pemimpin) dipilih melalui proses demokrasi oleh rakyat untuk mentadbir negara ini bagi pihak mereka.
Sementara itu, 10 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Ketua Penerangannya Tian Chua "berkelah" dalam lobi kementerian berkenaan, berbekalkan sandwic dan minuman.
Mereka berada di situ untuk mendapatkan jawapan yang jelas mengenai permohonan untuk mendapatkan permit bagi akhbar rasmi PKR Suara Keadilan .
Mereka beredar 20 minit kemudiannya selepas dijanjikan pertemuan dengan Pengawal Unit Penerbitan kementerian berkenaan, Abdul Rahim Mohd Radzi pada 16 Mei depan. PKR mengemukakan permohonan tersebut Jun lalu tetapi belum menerima sebarang jawapan. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.