Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Status Warisan: Karim minta Mat Hasan datang berjumpa

PRK KIMANIS | Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan didakwa terkeliru mengenai status Warisan yang dikaitkan dengan parti kerajaan persekutuan.

Calon kerajaan, Karim Bujang, berkata Warisan adalah parti tempatan Sabah namun ia tidak menghalang mereka bekerjasama dengan parti lain dari Semenanjung Malaysia.

"Tidak ada hubungan secara dua hala mengenainya," kata Karim.

Menurut bekas Adun Bongawan itu, kerjasama di antara mana-mana parti yang berpangkalan di Sabah dengan pihak-pihak lain dari semenanjung telah lama wujud.

Dalam ceramah malam tadi, Mohamad mengingatkan pengundi di Kimanis agar tidak dipengaruhi oleh teori Warisan bahawa mereka adalah parti tempatan dari Sabah tidak mempunyai hubungan dengan PH.

Mohamad mendakwa percubaan Warisan cuba menjarakkan diri mereka dengan PH adalah disebabkan parti terbabit yang berpangkalan di semenanjung menunjukkan prestasi buruk.

Mohamad memberitahu hal itu bercanggah dengan fakta bahawa Warisan merupakan sekutu kuat dengan pakatan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Jika, Kerajaan Warisan Sabah berkata mereka tidak mempunyai apa-apa dengan pakatan, ia satu penipuan," kata Mohamad.

Mohamad berkata demikian ketika membalas Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang menggambarkan bahawa Umno merupakan parti dari luar memerintah Sabah untuk berdekad mengakibatkan negeri itu tidak maju dari segi infrastruktur.

"Rakyat Sabah telah menerima Warisan sebagai parti tempatan dan memberikan sokongan besar mereka dalam pilihan raya umum 2018," kata Karim.

Beliau berpendapat rakyat lebih suka parti yang berpangkalan di Sabah berbanding calon yang mewakili parti dari luar negeri terbabit.

"Saya fikir Mat Hasan menjadi keliru, kamu minta dia datang dan berjumpa saya dan saya akan menjelaskan lebih baik kepadanya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS