Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan bawa politik pecah belah ke Sabah - Shafie

PRK KIMANIS | Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mengingatkan Umno BN supaya tidak membawa politik pecah belah di Sabah dengan menggunakan isu kaum dan agam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

"Nak raih undi raihlah, nak lawan tapi jangan gunakan (politik) pecah belah, dengan gunakan (isu) kaum, itu yang kita minta tolak BN. Cukup-cukuplah.

"Kami aman di Sabah, jangan heret dan bawa budaya-budaya yang boleh memecah belah rakyat di Sabah ni," kata Presiden Warisan itu.

Dalam ceramah malam tadi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa beliau diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa mereka melihat BN sebagai mewakili Malaysia manakala Warisan mewakili Filipina..

"Ada orang cakap pada saya, Datuk itu semua orang Filipina, itu dibayar itu, saya tak tahulah, saya menyambung cakap saja.

"Bagaimanapun saya yakin anak-anak Sabah akan ubah kerajaan PH Warisan Sabah," jelas Mohamad.

Ditanya mengenai perkara itu, Shafie berkata: "Kita boleh buat laporan polislah"

Beliau dalam pada itu sekali lagi merayu kepada rakyat Sabah untuk menolak Umno-BN.

Shafie merasmikan pelancaran cawangan baru Warisan di Kampung Kelatuan di Kimanis, dengan lebih daripada 300 anggota memakai t-shirt putih yang tertera mesej "Jangan undi BN. Cukup cukuplah!".

Kumpulan itu juga mengubah suai lirik lagu Kadazan yang dinyanyikan Shafie dan kumpulan itu pada akhir acara.

Dalam lagu berkenaan kumpulan itu mengajak pengundi Kimanis menyokong Warisan demi kemajuan berbanding BN yang 'menyusahkan' hidup mereka.

Warisan mempertaruhkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Karim Bujang, 67, yang akan dicabar oleh calon BN Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 18 Jan, manakala pengundian awal pada 14 Jan

Lihat Komen
ADS