Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM sahkan gambar Shafie beri sedekah tiada kaitan PRK Kimanis
Diterbitkan:  Jan 7, 2020 5:29 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan gambar tular mendakwa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi wang secara terbuka, tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang sedang berlangsung sekarang.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata gambar yang tular itu sebenarnya dirakam semasa program sedekah kepada orang ramai selepas solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam, Sandakan, pada 3 Jan lepas.

"SPRM Sabah menerima maklumat daripada orang awam dan membuat siasatan awal berhubung isu tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal, SPRM Sabah mendapati kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada 3 Jan 2020 di Sandakan bersempena dengan program Pecah Tanah Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan bukannya di Kimanis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohd Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan gambar yang tular dalam media sosial baru-baru ini, mendakwa beliau memberi wang kepada pengundi semasa berkempen bagi PRK Parlimen Kimanis.

Sebaliknya, kata ketua menteri itu, gambar yang tular itu diambil ketika beliau menghadiri program bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng, di Sandakan baru-baru ini, dan tiada kaitan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS