Ahli Parlimen Jasin mengaku minta Kastam tutup sebelah mata
Terjemahan
Ahli Parlimen BN Jasin, Mohd Said Yusof mengaku telah meminta pejabat Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) Melaka supaya "menutup sebelah mata" berhubung kes yang membabitkan rampasan kayu balak bergergaji import kerana melanggar peraturan, tetapi menegaskan beliau tidak menyalahgunakan kuasanya.
Terjemahan
Ahli Parlimen BN Jasin, Mohd Said Yusof mengaku telah meminta pejabat Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) Melaka supaya "menutup sebelah mata" berhubung kes yang membabitkan rampasan kayu balak bergergaji import kerana melanggar peraturan, tetapi menegaskan beliau tidak menyalahgunakan kuasanya.
Dalam laporan muka akhbar New Straits Times (NST) hari ini, Said yang tidak disebut dalam laporan itu, dilaporkan telah cuba campurtangan dalam urusan KDRM dalam kes rampasan kayu balak bergergaji dari Indonesia di Sungai Linggi, Melaka baru-baru ini.
Laporan itu menyebut, pegawai kastam berkenaan bagaimanapun menolak permintaan ahli Parlimen berkenaan.
Laporan tersebut telah membawa kepada peletakan jawatan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Datuk Shahrir Abdul Samad pagi ini selepas rakan-rakannya dari BN tidak bersamanya menyokong usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang supaya laporan NST itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk siasatan.
Bercakap di lobi Parlimen pagi ini, Said berkata beliau pergi merayu bagi pihak ejen yang membawa masuk kayu bekenaan, yang datang menemuinya.
Katanya, beliau membuat rayuan kepada pegawai kastam supaya tidak merampas kayu berkenaan, tetapi hanya dikenakan kompaun
"Saiz yang dibenarkan ialah 60 inci, tetapi ia agak besar sedikit, jadi tutup satu matalah, itu biasa," katanya.
Lembaga Industri Kayu Balak Malaysia hanya membenarkan import kayu balak bergergaji bersaiz kurang daripada 60 inci, tetapi Ahli Parlimen Jasin itu berkata, jika terdapat lubang dalam kayu balak berkenaan, ia boleh diberi pertimbangan jika saiznya besar sedikit daripada yang ditetapkan.
Uruskan perniagaan
Sambil mendakwa ianya bukan "satu perkara besar" Said berkata: "Ia perkara biasa. Ianya sama seperti anda memandu di lebuhraya di mana had lajunya adalah 110 kmj. Tetapi anda memandu pada kelajuan 150 kmj, dan ditahan polis. Apa yang anda akan lakukan? Anda akan (merayu) 'tolonglah tuan'."
Katanya, beliau pergi menemui pegawai Kastam berhubung perkara tersebut kerana kayu bergergaji berkenaan dirampas di Pelabuhan Sungai Rambai yang terletak dalam kawasan Parlimennya.
Katanya, beliau mengemukakan rayuan itu bagi pihak ejen berkenaan, tetapi secara kebetulan, beliau juga ada urusannya kerana beliau menguruskan sebuah agensi pengangkutan hadapan sejak 1990.
Katanya, beliau pergi membuat merayu tersebut kerana ramai pihak yang bising mengenainya, sambil menambah tindakannya itu tidak seharusnya dilihat sebagai satu penyalahgunaan kuasa.
Apabila ditanya sama ada beliau pergi ke pejabat kastam itu atas kapasitinya sebagai seorang ahli Parlimen, beliau menjawab: "Itu terserah pada tafsiran mereka [...] Melaka bukan besar sangat, mereka kenal saya seorang ahali Parlimen. Tetapi ianya adalah satu tafsiran yang salah untk mengatakan saya campurtangan dalam rampasan kayu balak bergergaji itu."
Selasa lalu, ahli Parlimen Jasin itu mengkritik Ketua Pengarah KDRM, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid di Dewan Rakyat, yang didakwanya gemarkan publisiti.
Berikutan itu beliau membayangkan kemungkinan laporan muka depan NST mengenai rampasan kayu balak bergergaji hari ini, sebagai 'tindak balas' KDRM terhadapnya.
'Kes berbeza'
"Sebenarnya kita mengkritik sesiapa sahaja di Parlimen, sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri. Kita mengkritik untuk faedah rakyat. Jadi, apabila saya mengkritik Ketua Pengarah Kastam, apakah ianya salah? Ketua Pengarah kastam tidak sepatutnya mengambilnya secara peribadi.
"Apa yang saya bangkitkan di Parlimen tidak kena mengenai dengan apa yang berlaku di Melaka, tidak ada langsung [...] ianya adalah kes yang berbeza," katanya sambil menambah beliau menerima aduan daripada agensi-agensi pengangkutan hadapan terhadap jabatan kastam.
Ditanya sama beliau akan menyokong usul pembangkang untuk merujuk perkara itu kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen berhubung laporan NST, Jasin berkata, beliau mungkin berbuat demikian jika hadir di Parlimen.
Katanya, beliau tidak akan membentangkan usul yang sama.
Jasin berkata, beliau terperanjat dengan tindakan Shahrir meletakkan jawatan dan berharap pengerusi BBC itu akan mengubah fikirannya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.