Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JPN siasat pengetua sekolah didakwa hantar mesej lucah pada pelajar

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menyiasat mengenai dakwaan seorang pengetua yang menerima anugerah cemerlang di negeri ini baru-baru ini, terlibat dalam “pengantunan seksual” melibatkan pelajar sekolah.

Jenayah pengantunan seksual merujuk mana-mana orang yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Pengarahnya, Azman Adnan berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan berkenaan.

"Saya sedang siasat isu yang tular ini," kata beliau secara ringkas melalui Whatsapp ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru, hari ini.

Ketika ditanya bentuk tindakan yang akan diambil JPN Johor sekiranya dakwaan itu benar, beliau berkata: "bergantung kepada siasatan.”

Azman berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan seorang aktivis bahawa seorang pengetua sekolah menengah didakwa terlibat dalam aktiviti pengantunan seksual dengan pelajar lelaki.

Pengetua berkenaan, yang baru-baru ini mendapat anugerah pengetua cemerlang, turut didakwa menghantar mesej-mesej berunsur lucah, yang kini viral dalam media sosial.

- Bernama

Lihat Komen
ADS