Jais perjelas Rakan Hospital' bukan untuk saingi agama lain
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjelaskan hari ini bahawa penubuhan Rakan Masjid dan Rakan Hospital adalah bertujuan untuk memberi kaunseling kepada pesakit beragama Islam di hospital dan bukannya untuk bersing dengan pendakwa agama lain.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjelaskan hari ini bahawa penubuhan Rakan Masjid dan Rakan Hospital adalah bertujuan untuk memberi kaunseling kepada pesakit beragama Islam di hospital dan bukannya untuk bersing dengan pendakwa agama lain.
Sehubungan itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya menjelaskan, Rakan Masjid dan Rakan Hospital ditubuhkan untuk memberi kaunseling kepada pesakit beragama Islam di hospital di seluruh Selangor.
"Kita tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kumpulan agama lain daripada memainkan peranan mereka di negara ini" katanya bagi memperjelaskan laporan yang memetiknya dalam malaysiakini semalam berhubung perkara tersebut.
Semalam, malaysiakini memetiknya sebagai berkata, ada kumpulan pendakwah Kristian dan Buddha yang mendekati pesakit beragama Islam di hospital di Selangor.
Fakhrul Azam berkata, pihaknya kesal jika kenyataan mengenai Rakan Masjid dan Rakan Hospital itu diterjemahkan dalam bentuk lain sehingga menganggu sensitiviti penganut lain.
Aduan polis
"Jais sentiasa menghormati agama lain dan tiada niat untuk menuduh sembarangan sebegitu rupa dan untuk memelihara nama baik jabatan dan juga kerajaan negeri, Jais berharap semua pihak faham akan kesalahfahaman itu," katanya lagi.
Jais juga menjelaskan pihaknya tidak pernah menerima aduan rasmi mengenai kegiatan kumpulan penyebaran agama Kristian dan Buddha di hospital atau premis lain.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (Cassa) menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan mencabar Jais supaya membuktikannya dalam tempoh 24 jam.
Presidennya Dr Jacob George berkata jika gagal membuktinya, Jais mesti membuat permohonan maaf secara terbuka atau Cassa akan membuat laporan polis dan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan para pemimpin yang lain.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.