Pelajar tidak dipaksa saksi video lucah
Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan bahawa seorang guru telah memaksa sekumpulan pelajar berusia 13 tahun menyaksikan vido lucah sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan bahawa seorang guru telah memaksa sekumpulan pelajar berusia 13 tahun menyaksikan vido lucah sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Akhbar New Straits Times melaporkan filem tersebut sebenarnya sebuah video pendidikan mengenai pencegahan kejadian rogol.
Kementerian itu berkata, pihaknya telah menyiasat perkara tersebut yang didakwa berlaku di sebuah sekolah kerajaan di Johor, selepas menerima aduan yang pelajar berkenaan dipaksa menyaksi video lucah kerana gagal menyiapkan kerja rumah mereka.
Pegawai kementerian berkenaan memberitahu New Straits Times hari ini bahawa video tersebut bukannya bahan lucah, tetapi pelajar berkenaan telah tersalahanggap dan mengadu kepada ibu mereka masing-masing.
"Ia sebenarnya video mengenai bagaimana hendak mengelak menjadi mangsa rogol," kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, sambil berkata, sebahagian pelajar berkenaan takut melihat video tersebut dan beredar sebelum ianya berakhir.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.