Najib terima peletakan jawatan Shahrir
Ketua Whip Barisan Nasional Ketua Whip Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan hari ini bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan Datuk Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Ketua Whip Barisan Nasional Ketua Whip Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan hari ini bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan Datuk Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
"Kami (BN) tidak ada pilihan, mahu tidak mahu kami terpaksa terima (peletakan jawatan itu)," kata Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Bernama melaporkan, Najib yang juga Menteri Pertahanan memberitahu pemberita demikian selepas melakukan upacara pecah tanah Projek Markas Satu Divisyen di Muara Tuang di Kota Samarahan, Sarawak.
Menurut Najib, Shahrir mengakui bahawa dari segi prinsip sebagai ahli BN, beliau tidak patut menyokong usul pembangkang.
Oleh itu, katanya, berdasarkan pendirian parti yang melarang ahli Parlimen BN menyokong usul pembangkang, beliau telah meletakkan jawatan.
Jawatankuasa pilihan
Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan akan menimbang untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan bagi menyediakan garis panduan bagi ahli Parlimen BN mengenai perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan berhubung kes-kes penguatkuasaan.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru meletak jawatan selepas rakan-rakannya dari BN tidak bersamanya menyokong usul Ketua Pembangkang Lim Kit Siang bagi merujuk seorang ahli Parlimen kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ahli Parlimen berkenaan didakwa telah meminta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) 'menutup sebelah mata' dalam satu kes yang membabitkan import kayu bergergaji di Melaka.
Laporan tersebut disiarkan hari ini oleh akhbar New Straits Times dan Berita Harian .
Shahrir: Keputusan muktamad
Semalam, yang ketika ditemui sebaik sahaja menamatkan pertemuan selama 20 minit dengan Najib di pejabat Timbalan Perdana Menteri, berkata peletakan jawatannya adalah muktamad.
Katanya, beliau juga telah menjelaskan secara lanjut punca dan tujuan beliau berbuat demikian tindakan yang mengejutkan kesemua ahli Parlimen di sesi Dewan Rakyat pagi Khamis LALU.
Katanya beliau perlu berpegang kepada keputusanNYA melepaskan jawatan itu bagi mengelakkan daripada dipersoal oleh ahli Parlimen dan media setelah melanggar arahan parti itu di mana ahli BN tidak wajar menyokong usul pembangkang di Dewan Rakyat.
"Jadi saya kata sebab itulah saya kena letak jawatan. Jadi peletakan jawatan saya diterima oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Ditanya mengapa beliau masih menyokong usul pembangkang itu walaupun mengetahui implikasinya, Shahrir berkata usul itu dianggap sangat serius dan perlukan sokongan.
"Pasal, saya perlu berdepan dengan isu dan berdepan dengan keadaan kerana selama ini ketua pembangkang dan ahli pembangkang telah mencemuh dan mencaci ahli Parlimen BN, kononnya kita ini tidak serius terhadap rasuah, kita korup dan tidak pentingkan soal integriti, serta kita bercakap sahaja tetapi tidak buat apa-apa.
Garispanduan tingkahlaku
"Jadi saya rasa kalau selama-lamanya kalau kita tolak usul itu maka kita memberi pembangkang satu lagi modal untuk mencaci kita," katanya.
Shahrir berkata, pada pertemuan dengan Najib itu, beliau turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan bagi mengkaji garispanduan, tingkahlaku dan etika bersesuaian sebagai rujukan kepada kalangan anggota Parlimen apabila membuat urusan rasmi dengan pegawai kerajaan.
Katanya cadangan itu mendapat reaksi baik dan Najib bersetuju untuk mengkajinya.
Menurutnya, garis panduan jika dilaksanakan akan memudahkan ahli Parlimen untuk menjalankan tugas sambil diberikan sokongan penuh oleh pegawai dan anggota perkhidmatan awam selain bagi mengelakkan mereka dituduh campurtangan dalam urusan harian kerajaan.
"Kita tidak mahu selepas ini, umpamanya, kita mungkin akan berdepan dengan keadaan di mana pegawai kerajaan akan kata awak (ahli Parlimen) tak boleh campur urusan kerajaan dan surat awak (ahli Parlimen) tidak payah saya layan.
"Itu sendiri akan melemahkan kedudukan ahli Parlimen dan (sebab) itu saya kata ahli Parlimen sendiri kena menentukannya (cara sesuai berurusan dengan pentadbiran awam)," kata Shahrir.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.