Terjemahan Keputusan tidak untuk melantil semula pengkritik paling lantang terhadap tahanan tanpa perbincaraan, Prof Mohd Hamdan Adnan sebagai pesuruhjaya Suhakam, dianggap sebagai 'pukulan' terhadap kempen pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Gerakan Hapuskan ISA (AIM) menyuarakan kekecewaannya mengenai perkara tersebut memandangkan sumbangan besar Hamdan sewaktu menjadi pesuruhjaya Suhakam.

" Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Prof Hamdan adalah antara segelintir pesuruhanjaya yang mempamerkan minat tulen terhadap isu-isu hak asasi manusia, terutama mengenai tahanan tanpa perbicaraan," kata Setiausaha AIM, Chang Lih Kang dalamsatu kenyataannya

Katanya, Hamdan patut dipuji kerana aktif terbabit dalam siasatan, seperti melawat Kem Tahanan Kamunting di mana tahanan ISA ditempatkan serta memainkan peranan penting sebagai pengerui Jawatankuasa Aduan dan Inkuiri Suhakam.

Pesuruhjaya lantang digugurkan

Selain itu, kata Chang, kritikan keras Hamdan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz berhubung kenyataannya bahawa 'Suhakam tidak ada gigi', juga harus dipuji.

Hamdan nyata kecewa dengan kenyataan Nazri itu dan menuduh menteri berkenaan telah merendahkan kedudukan Suhakam menjadi hanya sebagai 'bahan hiasan' semata-mata.

Chang berkata, apa yang berlaku terhadap Hamdan itu menunjukkan wujudnya trend untuk menggugurkan mana-mana pesuruhjaya Suhakam yang lantang bersuara.

Sebelum ini, katanya, dua lagi pesuruhjaya Prof Mehrun Siraj dan Anuar Zainal Abidin yang terbabit dalam inkuiri Suhakam mengenai kes Lebuhraya Kesas turut digugurkan daripada Suhakam atas sebab-sebab yang serupa.

Chang (foto) berkata, ini sebenarnya mendedahkan pendirian kerajaan terhadap isu-isu hak asasi manusia.

"Mereka yang menyuarakan pandangan yang mencabar kedudukan kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka sebagai pesuruhjaya Suhakam," kata Chang.

Mengenai perlantikan empat pesuruhjaya yang baru, Chang berkata, pihak kerajaan bertanggungjawab meminta pandangan badan-badan masyarakat sivil, kerana merekalah yang banyak berkomunikasi dengan pihak pesuruhjaya.

Katanya, kredibiliti pesuruhjaya Suhakam akan diragui jika perlantikan mereka dibuat tanpa mendapatkan pandangan daripada badan dan kumpulan yang memperjuangkan pelbagai isu hak asasi manusia. Berita asal