Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘PH beri lebih banyak bantuan kepada negeri pembangkang berbanding BN’
Diterbitkan:  Jan 14, 2020 1:58 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Kerajaan persekutuan memberi lebih banyak bantuan kepada negeri-negeri pembangkang berbanding kerajaan terdahulu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau mengulas saranan pengerusi sementara DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim supaya kerajaan persekutuan bersikap adil kepada semua negeri, termasuk yang kini diterajui parti pembangkang.

Menurut Lim, rakyat perlu melihat jumlah dana yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kepada negeri-neegri pembangkang yang lebih tinggi berbanding ketika mereka ditadbir oleh Barisan Nasional.

"Lihatlah apa yang dilakukan oleh kerajaan (PH), Sebenarnya kerajaan telah memberi perhatian lebih kepada negeri-negeri ini berbanding kerajaan sebelumnya.

“Dana yang diberikan lebih daripada jumlah sebelum ini," katanya kepada media selepas taklimat program e-Tunai Rakyat di Putrajaya hari ini.

Tahun lepas, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM13.05 bilion kepada enam negeri kurang maju iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS