Hadi Harap Shahrir tidak dikenakan tindakan disiplin
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana menyokong satu usul pembangkang di Dewan Rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana menyokong satu usul pembangkang di Dewan Rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Kebangsaan 2006 anjuran Lajnah (Biro) Buruh dan Peneroka Bandar PAS Pusat, di markas parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, tindakan Shahrir adalah berlandaskan prinsipnya sendiri.
Menurut Abdul Hadi lagi, dalam sebuah negara demokrasi, adalah hak Shahrir untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berikutan majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional tidak bersama beliau menyokong usul pembangkang.
"Dalam negara demokrasi perkara itu biasa. Cuma saya mengharapkan beliau memainkan peranan yang aktif dalam mereformasikan Parlimen Malaysia supaya menjadi pihak kerajaan yang boleh mengkritik kerajaan," katanya.
Menurut laporan Bernama, Hadi mengulas tindakan Shahrir menyokong usul Ketua Pembangkang Lim Kit Siang untuk membawa seorang anggota parlimen, yang dilaporkan media mencampuri urusan Kastam, ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Ketua Whip Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan hari ini bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan Shahrir sebagai pengerusi BBC berdasarkan pendirian parti yang melarang ahli parlimen BN menyokong usul pembangkang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.