Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hanya Dr M yang saya tahu baca laporan IRC, kata Ambiga

Ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak pasti siapa lagi di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah membaca laporan jawatankuasa itu berhubung pembaharuan institusi yang dicadangkan, selain daripada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak tahu jika setiap agensi telah diberikan salinan.

"Saya tidak tahu siapa yang ada salinan dan saya cukup pasti bahawa tidak ramai pemimpin kita - saya tahu Mahathir telah membacanya - Saya tidak tahu siapa lagi yang ada membacanya.

"Saya boleh teka, tak ada sesiapa sebenarnya," kata Ambiga dalam satu forum bertajuk 'Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Kenapa Rahsia?' yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun pemimpin dan agensi kerajaan membaca hanya bab yang berkaitan dengan tugas mereka, itu sudah mencukupi, katanya.

"Tetapi saya tidak tahu siapa telah terima laporan ini dan kebimbangan saya ialah jika kita tidak tahu itu maksudnya terdapat pertindihan kerja, kerana ada langkah-langkah pembaharuan yang berlaku," katanya.

Ambiga berkata, setakat ini beliau hanya tahu bahawa Pusat Governans, Integriti, dan Antirasuah Nasional (GIACC) telah melihat laporan itu dan telah mula melaksanakan beberapa cadangan berhubung usaha anti-rasuah.

Katanya, sekiranya kepimpinan Pakatan Harapan melihat keghairahan individu yang begitu bersemangat menyertai proses mengeluarkan laporan mengenai pembaharuan institusi, mereka pasti akan melihat dari sudut berbeza.

"Kami menerima input yang banyak, saya tidak dapat beritahu anda berapa ramai yang ingin menyertai proses ini.

"Mereka (kepimpinan Harapan) tidak lihat, semangat rakyat, kepakaran rakyat, maklum balas berharga yang kita dapat. Semua orang ini datang, semuanya berusaha keras kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada proses pembinaan Malaysia baru.

"Sekiranya mereka melihat apa yang kita lihat, sekiranya mereka melihat bagaimana orang awam terlibat, maka mereka akan memahami betapa membantunya orang ramai (pada masa itu)," kata Ambiga.

Dengan layanan kerajaan terhadap laporan itu, Ambiga berkata beliau bimbang tidak lagi akan dapat melihat keghairahan orang ramai terhadap perubahan.

"Saya tak akan dapat melihat semangat itu lagi, saya takut, kerana jika anda melakukan ini (menyembunyikan laporan), anda tidak akan melihat semangat itu lagi dan itulah semangat yang akan menghidupkan enjin perubahan," katanya. 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS