Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
194,200 ahli Parti Komunis China langgar peraturan kena tindakan

GLOBAL | Seramai 194,200 anggota Parti Komunis China (CPC) dikenakan tindakan pada 2019 kerana melanggar peraturan parti, lapor agensi berita Xinhua, memetik Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin dan Suruhanjaya Penyeliaan Kebangsaan pada Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai 108,000 orang didapati terlibat dalam birokratisme, satu kategori yang dinyatakan buat kali pertama dalam laporan berkenaan.

Pada masa sama, pihak berkuasa juga menyiasat 61,400 kes hedonisme serta perbuatan melampau dan seramai 86,200 anggota parti telah didenda.

-Bernama

Lihat Komen
ADS