Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'pura anggap dakwaan LFL sebagai 'kepalsuan tidak berasas'
Diterbitkan:  Jan 22, 2020 11:33 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

Kerajaan Singapura tampil menafikan dakwaan NGO, Lawyers for Liberty (LFL) yang menuduh republik itu mengamalkan kaedah menggantung banduan yang kejam dan tidak sah di Penjara Changi.

Menurut republik itu, dakwaan LFL mengandungi "fakta kenyataan palsu".

"Tuduhan LFL bahawa Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mengamalkan prosedur yang dikatakan dalam melaksanakan hukuman mati itu adalah tidak berasas.

"SPS tidak menggunakan prosedur seperti yang didakwa oleh LFL dalam melaksanakan hukuman mati. Tidak ada usaha terselindung dalam memastikan bahawa semua hukuman mati di Singapura dilaksanakan dengan mematuhi undang-undang yang ketat," kata pernyataan di www.gov.sg.

Kenyataan itu dipercayai merujuk dakwaan Penasihat LFL, N Surendran yang berkata taktik menendang tengkuk banduan supaya patah lalu mati digunakan sekiranya tali gantung terputus.

Surendran berkata maklumat itu dimaklumkan kepada mereka melalui seorang pegawai perkhidmatan penjara Singapura yang pernah berkhidmat di bilik gantung di penjara Changi dan menggantung banduan.

 

Pegawai itu, kata Surendran, bersedia untuk memberi keterangan pada forum yang sesuai.

Sambil menafikan dakwaan itu, Singapura berkata semua hukuman mati dilaksankan di hadapan superintendent penjara dan doktor perubatan manakala undang-undang negara itu mewajibkan kehadiran seorang koroner untuk melakukan siasatan dalam tempoh 24 jam jika dia tidak berpuas hati dengan cara hukuman dijalankan.

"Untuk rekod, tali yang digunakan untuk hukuman mati tidak pernah putus sebelum ini. Fakta ini sendiri menunjukkan kepalsuan tuduhan LFL.

"LFL juga membuat tuduhan palsu bahawa pegawai penjara diberi latihan khas untuk melasanakan kaedah hukuman kejam itu, (dan) bahawasanya kerajaan Singapura meluluskan kaedah yang menyalahi undang-undang itu serta mencadangkan bahawa langkah-langkah khusus telah diambil untuk menutup kaedah-kaedah ini. Ini sama sekali tidak berasas," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS