Masa depan Adenan Satem terus menjadi tandatanya...
Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem yang akan menghadapi saingan tiga penjuru di Tanjung Datuk dalam pilihanraya negeri pada 20 Mei ini, masih membisu mengenai peranannya dalam politik Sarawak.
Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem yang akan menghadapi saingan tiga penjuru di Tanjung Datuk dalam pilihanraya negeri pada 20 Mei ini, masih membisu mengenai peranannya dalam politik Sarawak.
"Biar masa menentukannya. Saya tidak mahu buat ramalan," katanya.
Adenan yang kali pertama bertanding di Tanjong Datu bagaimapun berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) kerana memilihnya bertanding di kawasan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas pencalonan ditutup bagi kerusi Tanjong Datu di Pejabat Daerah Lundu, beliau berkata, ia sekaligus menunjukkan keyakinan BN terhadapnya.
Adenan berkata beliau melepaskan jawatan sebagai menteri sumber asli dan alam sekitar Februari lalu kerana mahu bertanding pada pilihanraya negeri kali ini.
Menurut laporan Bernama, Adenan akan ditentang Sobey Daud dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Larry Dominic Linang, seorang calon Bebas.
Sebelum ini, Adenan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang selama 28 tahun sejak 1978.
Cabaran hanya 'token'
Di Mukah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan mempertahankan kerusdi DUN Balingian bagi penggal kedua, dicabar calon PKR, Ibrahim Bayau.
Balingian yang terletak dalam Parlimen Mukah, mempunyai 11,326 pengundi berdaftar dengan 69.89 peratus Melayu/Melanau, 13.18 peratus Cina, 16.88 peratus Iban dan 0.04 peratus kaum lain.
Bercakap kepada pemberita selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya Balingian, Mohamad Nawawi mengumumkan calon-calon bertanding, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengiringi Taib berkata, cabaran PKR itu sekadar "token".
Katanya, tindakan pembangkang itu hanya berasaskan prinsip tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Ketika mengulas mengenainya, Taib berkata beliau tidak memahami tujuan parti pembangkang tersebut mencabarnya kerana jelas mereka tidak mempunyai agenda khusus.
Ketika ditanya pemberita tujuannya bertanding di kerusi Balingian, Ibrahim yang menganggur setelah dihentikan kerja dalam proses penggabungan bank, berkata beliau mahu membawa perubahan, tanpa menjelaskan aspek perubahan yang ingin dibawa oleh parti pembangkang itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.