Terjemahan Sejak lima tahun lalu, sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Kuala Lumpur dipenuhi dengan habuk dan sarang labah ketika sekumpulan ibubapa dan pihak yang prihatin berusaha untuk mendapatkan persetujuan Kementerian Pelajaran supaya ia dibuka semula.

Hari ini, keriuhan dan gelak ketawa anak-anak kecil itu sekali lagi bergema memenuhi ruang bilik darjah di bangunan yang sudah berusia 75 tahun itu.

Bagaimanapun, semua itu hanya untuk tempoh tempoh seminggu sahaja.

Seramai 56 murid SRJK (C) Damansara berpindah ke bangunan lama sekolah mereka apabila kontena yang dijadikan kelas sementara tempat mereka belajar yang terletak berhampiran sebuah kuil rosak dilanda ribu Khamis lalu..

Kakitangan keselamatan yang ditempat oleh Kementerian Pelajaran mengawal bangunan tersebut, bersimpati dengan nasib murid-murid berkenaan, dan membenarkan mereka serta 12 orang guru, termasuk pengetuanya, Wong Chin Lee, untuk menggunakan bangunan lama itu sehingga kerosakan bilik kelas sementara itu, siap dibaiki.

Bangunan sekolah berkenaan kosong sejak tahun 2001 selepas ianya ditutup oleh Kementerian Pelajaran, yang menggantikannya dengan sebuah bangunan baru yang terletak kira-kira 4km dari situ.

Bagaimanapun, sekumpulan ibubapa tidak bersetuju dengan langkah memindahkan sekolah berkenaan dan terus menghantar anak-anak mereka belajar di kelas sementara yang merupakan kontena yang dipasang pendingin udara.

Kerosakan

Sejak itu, mereka bersama-sama dengan kumpulan pihak yang prihatin, telah menubuhkan Jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS Damansara) untuk mendesak supaya sekolah lama itu dibuka semula.

Mereka mendakwa kekurangan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan berkenaan dan oleh itu menggesa pihak kementerian supaya tidak menutup SRJK (C) Damansara yang dibina pada 1930.

Pengerusi SOS Damansara, Yong Yoke Sung (foto) turut hadir untuk membawa murid-murid masuk ke bangunan lama sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata, kerja-kerja pembaikan di kelas sementara itu hanya dijangka siap minggu depan.

Yong berkata, beliau dan rakan-rakannya telah menghantar surat ke pejabat Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Hussein, memohon untuk menggunakan bangunan itu selama seminggu.

Surat yang sama juga telah dihantar kepada Jabatan Pendidikan Selangor.

Setiausaha Eksekutif SOS Damansara, Tan Xiang Chen berkata, beliau telah menghubungi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Hon Choon Kim semalam untuk mendapat temujanji, tetapi Hon menjawab" "Apakah lagi yang hendak dibincangkan).

Tiada bekalan air, api

SRJK(C) Damansara tidak mempunyai bekalan air dan elektrik, dan ia terpaksa diangkut oleh anggota jawatankuasa berkenaan dari kuil berdekatan.

Sejak Disember lalu, jabatan pendidikan negeri melarang anggota jawatankuasa berkenaan menjalankan kerja-kerja membersihkan sekolah berkenaan.

Murid-murid juga tidak dibenar menggunakan padang permainan untuk bersukan dan aktiviti kurikulum yang lain.

Jawatankuasa berkenaan telah membawa perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka mula menaruh harapan apabila pihak kementerian dalam surat pertamanya kepada jawatankuasa tersebut selepas tempoh lima tahun berkata ia akan mengkaji permohonan supaya sekolah berkenaan dibuka semula.

Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang perkembangan baru mengenai permohonan tersebut. Berita asal