Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Keselamatan jadi alasan Kelantan beli Mercedes
Diterbitkan:  Jan 24, 2020 8:40 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah hari ini berkata kerajaan negeri menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasmi atas faktor keselamatan.

Beliau berkata penggunaan kenderaan rasmi untuk menteri besar itu telah dimulakan sejak era pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya penggunaan Mercedes-Benz ini adalah zaman Tok Guru (Nik Aziz) lagi.

"Saya masa itu exco, memang pakai Mercedes-Benz E230. Jadi kita hanya tukar Mercedes lama ke baru.

"Faktornya, seperti saya katakan, iaitu faktor keselamatan itu paling besar. Tak sepatutnya ia jadi isu. Tapi sudah menjadi isu, kita nak kata macam mana," katanya yang dipetik portal Astro Awani, hari ini.

15 Jan lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa sumber daripada kerajaan negeri Kelantan mengesahkan pembelian Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan rasmi baru buat kegunaan Menteri Besar, Ahmad Yakob.

Mohd Amar kemudian mengakui pembelian kereta Mercedes Benz bukan sahaja untuk kegunaan rasmi menteri besar tetapi juga membabitkan pimpinan kerajaan negeri lain.

Malah, dedahnya, Mercedes Benz itu turut dibeli untuk kegunaan barisan exco dan setiausaha kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan 14 buah.

Isu tersebut turut menjadi perdebatan dalam kalangan warganet di media sosial dan menerima kecaman pelbagai pihak.


Baca: Kereta buatan Jerman di negeri kenikmatan


Pada 17 Jan lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian kereta mewah itu adalah hak kerajaan Kelantan.

"Kita beri duit tetapi tidak beri sebarang syarat. Apa dia nak buat (dengan duit itu) dia buatlah. Kalau dia buat benda tak betul, rakyat yang akan sengsara,” kata Mahathir.

Sementara itu, Mohd Amar yang mempertahankan pembelian kereta mewah itu menegaskan, kenderaan bagi Exco kerajaan Kelantan tidak sama dengan model digunakan menteri besar.

"Menteri besar (MB), timbalan menteri besar dan Exco tidak menggunakan model yang sama. Bukan semua S Class seperti MB.

"MB sahaja yang berlainan, exco semua E220 dan harga untuk kerajaan ada diskaun," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS