Terjemahan DAP berharap dapat mengalahkan calon veteran Barisan Nasional(BN) dengan mencalonkan seorang peguam wanita muda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending dalam pilihanraya negeri Sarawak 20 Mei ini.

Violet Yong Wui Wui, 29 (foto) akan berdepan dengan pemimpin veteran Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) yang juga seorang Menteri Muda, Sim Kheng Hui dalam pertandingan satu lawan satu.

Sesetengah pihak menganggapnya sebagai pertarungan antara 'orang muda dengan orang lama'. Pending merupakan DUN majoriti pengundi Cina dan mempunyai kira-kira 30,000 pengundi.

Dalam pilihanraya negeri 2001, Sim memperolehi 11,918 undi dalam pertarungan tiga penjuru dengan calon DAP, Voon Lee Shan (3,437) dan calon Parti Keadilan, Dominique Ng (3,150).

Ketika dihubungi kemudiannya, Sim enggan mengulas mengenai lawannya.

"Kita memang telah bersedia untuk menghadapinya. Kami menjangka pertandingan akan berlaku di 19 kerusi calon SUPP. Kita sedang bekerja kuat dan yakin akan menang," he said.

Penyokong yakin menang

Walaupun pusat penamaan calon di Majlis Bandaraya Kucing Selatan dipenuhi para penyokong BN pagi tadi, namun penyokong Yong kelihatan yakin dengan prospek kemenangannya.

Yong yang berpendidikan Cina dan Inggeris, adalah Setiausaha Halewah Wanita DAP Sarawak dan menerima pendidikan tingginya di Australia.

Sebelum ini, beliau bekerja di Pulau Pinang dan pulang ke Kuching pada 2020. Beliau kini bertugas di firma guaman yang sama dengan Setiausaha DAP Sarawak yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.

Yong adalah antara tiga calon wanita yang dikemukakan oleh DAP dalam pilihanraya negeri kali ini. Semua mereka berumur di bawah 30 tahun.

Calon wanita termuda dari DAP ialah Ting Tze Hui, 25. Beliau akan terbabit dalam pertarungan lima penjuru di DUN Meradong. BN juga turut mengemukakan calon wanita di Meradong iaitu Wong Zee Yeng, 26.

Calon wanita ketiga DAP ialah Kung JinJin, 27. Lulusan sarjana dari United Kingdom ini akan berdepan dengan calon BN Repok David Teng, yang merupakan Bendahari SUPP dan seorang menteri muda Sarawak. Berita asal