Selamat Tahun Baru Cina 2020
Diterbitkan: Jan 25, 2020 8:32 AM
Sempena kedatangan Tahun Tikus hari ini, kami di Malaysiakini mengucapkan terima kasih kepada semua - terutamanya pembaca kami - Selamat Tahun Baru Cina.
Kami berasa bangga dapat memberikan khidmat kepada anda sepanjang tahun lalu untuk membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Semoga kedatangan tahun baru ini membawa kesejahteraan yang menyeluruh dan harapan yang cerah buat kita di negara tercinta ini.
Kami bekerja dengan jumlah kakitangan yang terhad pada hari ini, esok dan Isnin sebelum kembali seperti biasa pada Selasa, 28 Feb, dengan membawakan lebih banyak berita untuk anda.

