Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

GLOBAL | Jepun mengesahkan kes ketiga jangkitan koronavirus dengan yang terbaru melibatkan seorang wanita berusia 30-an yang tinggal di Wuhan, bandar di China yang dikaitkan sebagai pusat virus itu.

Wanita itu dikatakan tiba di Jepun pada 18 Januari lalu.

Jumlah kematian akibat koronavirus hari ini melonjak kepada 42 daripada 26 sehari sebelumnya. Lebih daripada 1,300 orang telah dijangkiti di seluruh dunia.

Sementara itu, Australia mengesahkan kes pertama koronavirus hari ini di Victoria, sementara kerajaan negara itu menggesa orang ramai untuk tidak pergi ke wilayah Hubei di China.

Seorang warga China berusia 50-an, yang berada di bandar Wuhan, berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di Melbourne selepas tiba dari China pada 19 Januari lalu dalam penerbangan dari Guangzhou, kata Menteri Kesihatan Victoria, Jenny Mikakos kepada pemberita.

"Adalah penting untuk ditekankan bahawa masyarakat tidak perlu panik," kata Mikakos.

Ketua Pegawai Kesihatan Victoria, Angie Bone berkata pesakit itu juga tidak perlu rawatan intensif.

"Dia stabil dan bukan dalam keadaan yang sangat serius," katanya.

Jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 41 pada hari Sabtu, dengan lebih 1,300 dijangkiti di seluruh dunia, tetapi kebanyakan kes dan semua yang melibatkan kematian setakat ini hanya dilaporkan di Wuhan. Bandar itu kini dikenakan pengawasan yang ketat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS