Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasib wanita Malaysia 'terkurung' di Hubei
Diterbitkan:  Jan 28, 2020 9:06 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Hubei minggu lalu untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina kini tidak pasti bagaimana nasib dia bersama suaminya yang kini terperangkap di wilayah itu.

Berkongsi pengalamannya bersama sebuah akhbar Malaysia, wanita terbabit yang mahu dikenali hanya sebagai Ima berkata, mereka sepatutnya pulang ke Malaysia pada 8 Feb ini.

Bagaimanapun, katanya, dengan keadaan semasa yang menyaksikan Hubei dikenakan sekatan oleh Beijing ekoran ancaman koronavirus, tidak dapat dipastikan sama ada perjalanan pulang itu akan berlaku seperti dirancang.

"Saya nak balik tapi saya tak pasti sama ada diberi kebenaran atau tidak sebab semua sistem pengangkutan dihentikan ekoran perintah kuarantin.

"Disebabkan kami tak tahu siapa yang sihat dan siapa yang sakit, saya, suami dan keluarganya dilarang melakukan sebarang aktiviti di luar rumah.

"Kami juga secara berterusan memeriksan suhu badan bagi memastikan dapat bertindak serta-merta jika ada sebarang simptom virus itu dikesan," kata Ima seperti dipetik New Straits Times hari ini.

Ima, 28, berkata dia dan suaminya - yang berasal dari Xiangyang di barat laut Hubei - tiba di wilayah berkenaan pada 21 Jan lalu. Hanya selepas mereka transit di Wuhan pasangan terbabit perasan bandar terbabit sangat sepi dan jalan-jalannya hampir kosong sepenuhnya.

Untuk rekod, Wuhan ialah ibu negeri bagi wilayah Hubei.

Menurut Ima, dia melihat anggota tentera diletakkan berkawal di pintu masuk wilayah tersebut.

"Saya diberitahu oleh saudara-mara suami saya yang berada di Wuhan, mereka tak dibenarkan keluar rumah.

"Samalah keadaan yang berlaku di sini (Xiangyang). Kerajaan China mengedarkan notis dari pintu ke pintu untuk menasihatkan orang ramai agar tidak keluar rumah bagi mengelakkan penyebaran virus.

"Malah jalan untuk ke kedai berhampiran - yag terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami - ditutup kerana perintah kuarantin," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS