PM mahu ulangtahun Umno ke-60 pacu agenda Melayu
Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sambutan ulangtahun Umno ke-60 di Johor Bahru Sabtu ini dijadikan motivasi baru untuk menjayakan agenda Melayu.
Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sambutan ulangtahun Umno ke-60 di Johor Bahru Sabtu ini dijadikan motivasi baru untuk menjayakan agenda Melayu.
Katanya, sudah tiba masanya bagi orang Melayu mendapat motivasi baru sempena ulangtahun Umno itu.
Abdullah berkata demikian dalam majlis taklimat sempena perayaan tersebut yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi.
Kira-kira 500 pemimpin Umno dari seluruh negara menghadiri majlis taklimat tersebut. Turut hadir ialah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Radzi Sheikh Ahmad berkata, Perdana Menteri mahu orang Melayu kekal menjadi tonggak negara ini.
"Perdana Menteri mahu Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) menjadi motivasi dan pemacu bagi orang Melayu menebus semula maruah bangsa menjadi lebih cemerlang.
"Perdana Menteri menyeru orang Melayu merebut peluang yang disediakan dalam RMK9 yang membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM200 bilion," kata Radzi kepada wartawan selepas majlis teklimat tersebut.
Pembatalan projek jambatan
Dalam taklimat itu turut disentuh ialah soal pembatalan pembinaan jambatan indah bagi menggantikan Tambak Johor.
Radzi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Perdana Menteri menjelaskan, pembatalan itu dibuat setelah mendapat nasihat secara berterusan dari Peguam Negara kerana tidak mahu timbul masalah perundangan dengan Singapura pada masa depan.
Bagaimanapun, katanya, isu mengenai kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pembatalan jambatan itu dan isu peletakan jawatan Datuk Shahrir Samad sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), tidak dibangkitkan.
Sementara itu, Muhd Taib pula berkata, isu hubungan orang politik dengan kakitangan kerajaan juga dijelaskan dalam taklimat tersebut.
Beliau berkata, penjelasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan mengenai tugas dan peranan yang boleh dilakukan oleh pemimpin politik dalam pentadbiran kerajaan.
Dipercayai penjelasan mengenai perkara itu dibuat ekoran isu campurtangan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof dalam operasi jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM) Melaka baru-baru ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.