Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemilihan: Hanya Bersatu Tanah Merah tiada pertandingan di Kelantan
Diterbitkan:  Jan 30, 2020 12:03 PM
Dikemaskini: 4:03 AM

Kecuali Tanah Merah, bahagian lain Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan akan menyaksikan pertandingan pada pemilihan parti itu nanti.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, ini termasuk di bahagiannya sendiri iaitu Pasir Puteh yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua bahagian.

“Kepimpinan Bahagian Tanah Merah bersepakat agar tiada pertandingan di bahagian itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Pasir Puteh, hari ini.

Mesyuarat peringkat cawangan bermula 15 Februari sehingga 29 Mac, dengan mesyuarat peringkat bahagian pula dijadualkan pada 18 April.

- Bernama

Lihat Komen
ADS