Kebebasan akhbar bantu Msia menangi kerusi PBB
Terjemahan Usaha kerajaan dalam mempromosi kebebasan akhbar telah membantu Malaysia untuk dipilih menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia yang baru diwujudkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Terjemahan Usaha kerajaan dalam mempromosi kebebasan akhbar telah membantu Malaysia untuk dipilih menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia yang baru diwujudkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia adalah antara 47 negara yang dipilih oleh PBB semalam untuk menganggotai majlis tersebut, yang menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang dituduh sering melindungi kerajaan yang melanggar hak tersebut.
Negara lain yang turut dipilih menganggotai majlis tersebut termasuk China, Cuba, Saudi Arabia, Nigeria, Britain and France. [ Lihat senarai penuh ]
Manifesto kempennya pada 28 April menggariskan ikrar dan komitmen Malaysia dan peranannya kerajaan dalam mempromosi kebebasan media, termasuk siber, serta menggalakkan perkembangan secara aktif masyarakat sivil.
Kerajaan juga berkata, ia menghormati hak asasi manusia yang "jelas dapat dilihat melalui perjalanan pilihanraya umum yang aman, adil dan bebas yang berlangsung tanpa gagal sejak negara mencapai kemerdekaan".
Ia juga menyebut peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Suhakam memantau perkembangan hak asasi manusia di Malaysia dan diamanahkan dengan kuasa untuk menyiasat aduan berhubung dakwaan pelanggaran hak tersebut.
"Selain tugas menyiasat, Suhakam juga aktif dalam mempromosi hak-hak kebudayaan manusia, terutama melalui pendidikan, bukan sahaja di sekolah tetapi juga dalam institusi kerajaan, seperti pasukan polis," katanya.
Bantah perlantikan
Menurut kerajaan, ia telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawabnya dalam aspek ekonomi, sosial dan hak kebudayaan.
"Sebagai contohnya komitmen ini, kerajaan Malaysia telah secara konsisten memperuntukkan sebahagian besar bajet tahunannya untuk pendidikan.
"Selepas mencapai banyak matlamatnya di segi penyediaan pendidikan sekolah rendah, kerajaan sedang mempertingkatkan lagi sistem pendidikan tingginya, bukan sahaja untuk memperkukuhkan lagi hak mendapatkan pendidikan, tetapi juga untuk memperlengkapkan rakyat Malaysia berdepan dengan cabaran globalisasi," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan menyedari sepenuh bahawa urus-tadbir yang baik, integriti dalam sektor awam dan ketelusan dalam aktiviti kerajaan adalah penting jika ia mahu mencapai matlamat hak asasi manusia.
Katanya, Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan dua tahun lalu, antara lain, bertujuan untuk membasmi dan mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, akan dipastikan mencapai matlamatnya.
PBB berharap Majlis Hak Asasi Manusia yang baru itu akan membantu menangani masalah persepsi dan isu-isu hak asasi manusia.
Bagaimanapun, badan-badan hak asasi manusia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap pemilihan Malaysia menganggotai majlis tersebut kerana kerajaan belum ini menandatangani perjanjian haji asasi manusia antarabangsa.
Kerajaan juga belum melaksanakan syor-syor yang dibuat oleh pelapor khas PBB mengenai kebebasan bersuara apabila beliau melawat Malaysia pada 1988, dan untuk membenarkan lawatan oleh pegawai tinggi PBB untuk mnyiasat hak pekerja asing dan penduduk asal. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.