Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khalid: Agong, Sultan Selangor perkenan pelan pembangunan Kg Baru

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengingatkan pihak yang mengkritik Pelan Pembangunan Kampung Baru bahawa rancangan itu mendapat sokongan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pagi ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong untuk titah sempena Hari Wilayah Persekutuan. Tuanku memberi sokongan penuh terhadap usaha membangunkan semula Kampung Baru.

"Kini Agong telah beri sokongan, Sultan Selangor juga beri sokongannya, mereka yang mahu gunakan Melayu dan semangat Melayu (untuk bantah pelan tersebut) saya harap semak fakta.

"Pelan ini tidak merugikan tetapi malah memberi manfaat kepada orang Melayu," katanya ketika ditemui pemberita di sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Sultan Abdullah dalam titahnya antara lain menyuarakan harapan agar pelan itu dapat direalisasikan dengan mengambil kira hak dan kepentingan orang Melayu.

"Menerusi pembangunan semula ini, hak milik tanah akan kekal kepada orang Melayu. Selain itu warisan seni bina dan budaya Melayu akan terus kekal dan diperkasakan," titah Sultan Abdullah seperti dipetik Bernama.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS