Koronavirus: Angka kematian kini mencecah 425 orang
Diterbitkan: Feb 4, 2020 9:10 AM
Angka kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 425 oang pada Isnin, dengan 64 kematian dicatatkan pada hari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu.
Semua kematian disahkan berlaku di wilayah Hubei yang menjadi pusat penyebaran wabak berkenaan.
Di bandar Wuhan yang terletak di wilayah berkenaan, 48 orang disahkan meninggal dunia.
Di seluruh China, sebanyak 3,235 jangkitan baru disahkan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 20,438 orang.

- Reuters
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.