Generasi muda disaran memahami PM
Generasi muda kini perlu memahami Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan tidak hanya "menghakimi" pemimpin-pemimpin yang ada kini berdasarkan senario yang berlaku kebelakangan ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
"Bagi generasi muda yang ada sekarang, mereka tidak boleh menghakimi pemimpin kita dengan berasaskan atau merujuk kepada apa yang berlaku kebelakangan ini," kata beliau di sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Pemikiran Dr Mahathir Untuk Generasi Muda di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.
Menurut beliau kepimpinan Mahahir perlu dilihat secara keseluruhan dan bukannya berlandaskan tindakanya menangani sesuatu perkara.
"Terutama dalam situasi yang banyak kecaman dan kebencian yang disemai dikalangan anak muda oleh parti-parti pembangkang, dan ini sebenarnya boleh memberikan pandangan tidak betul terhadap pemimpin kita," katanya.
"Dr Mahathir perlu dilihat dalam senario keseluruhan kepimpinan beliau," tambahnya.

Menurut Abdullah semenjak Dr Mahathir memegang jawatan perdana menteri, telah berbagai usaha positif dilakukan olehnya bagi menjadikan Malaysia negara yang cepat meningkat maju serta mempunyai rakyat yang berjaya dalam semua bidang.
Menurut beliau, anak muda tidak akan dapat memahami pemimpin negara itu sekiranya mereka hanya melihat kepada tindakan beliau dalam satu-satu isu atau dalam konteks tertentu saja.
"Jika secara menyeluruh beliau (Dr Mahathir) dapat dilihat sebagai sesuatu yang dapat memenuhi cita-cita bangsa Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya muncul sebagai bangsa yang mempunyai keyakinan tinggi untuk capai kejayaan," katanya.
Matlamat PM baik
Kata Abdullah lagi, usaha-usaha yang dilakukan oleh perdana menteri itu selama ini adalah bermatlamat untuk terus memajukan negara dan bangsa Malaysia.
"Mungkin pada masa tertentu beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras terutama kepada pelajar kita yang beliau lihat sebagai aset yang satu hari nanti akan memainkan peranan penting dikalangan mereka bakal memimpin negara pula," tambahnya.
Selain itu, beliau berkata tindakan cubaan menghasut pelajar sekolah agar membenci pemimpin oleh segelintir guru perlu dihentikan.
Awal September lalu perdana menteri menyalahkan guru-guru berpolitik yang menyemai semangat membenci kerajaan sebagai punca kemerosotan akademik dan kelemahan pegangan agama pelajar Melayu itu sendiri.
"Saya harap mereka hentikan perkara itu. Mereka perlu memahami dan jangan menghukum (pemimpin) terlalu cepat," katanya.
Terdahulu daripada itu, pelancaran seminar itu turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abdin Zin, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim dan pemangku Yang Dipertua GPMS Wangsa Maju, Jaafar Abdul Rahim.
Seminar sehari itu dianjurkan bersama GPMS Wangsa Maju dan DBP itu membentangkan sembilan kertas kerja dan forum mengenai "Pengalaman Menanggap Pemikiran Dr Mahathir".
Antara kertas kerja dibentangkan ialah "Pemikiran Startegik dan Pemikiran Kreatif Dr Mahathir" oleh Jaafar Abdul Rahim, "Pemikiran Dr Mahathir terhadap Isu-isu Global" oleh Exco Pemuda Umno, Dr Zambary Abdul Kadir dan "Penyelesaian Masalah Gaya Dr Mahathir" oleh timbalan pengerusi Persatuan Alumni Yayasan Tun Razak Kuala Lumpur, Jafrul Nizam Jaafar.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.