Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas 2 dekad menanti, Anwar tak kisah tunggu beberapa bulan lagi
Diterbitkan:  Feb 6, 2020 10:24 PM
Dikemaskini: Feb 7, 2020 6:19 AM

Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata, beliau tidak keberatan untuk menunggu enam bulan lagi sebelum dapat menjadi perdana menteri apabila Dr Mahathir Mohamad berundur dari jawatan berkenaan.

Dalam temu bual dengan Reuters, presiden PKR itu berkata sebelum ini pun beliau menunggu selama 20 tahun.

"Kamu sudah menanti 20 tahun, melanjutkannya enam bulan lagi sebenarnya bukan masalah," katanya.

Anwar berkata demikian semasa mengulas keyakinan beliau terhadap PH untuk menyokongnya sama seperti apa yang diberikan kepada Mahathir ketika ini.

Kata Anwar, jika ada permintaan untuk melakukan peralihan kuasa itu di parlimen, hal itu boleh dilakukan kerana PH memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

"Mereka yang bukan dalam PH pun, sesetengah mereka akan menyokong perdana menteri semasa.

"Saya juga sudah diberikan jaminan itu. Mereka memberikan sokongan kepada Mahathir sebagai perdana menteri, dan mereka akan terus menyokong saya apabila saya mengambil alih nanti," katanya.

Mengikut persefahaman dicapai antara pemimpin parti komponen PH menjelang PRU ke-14 hampir dua tahun lalu, Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri menggantikan Najib Razak.

Mahathir kemudian akan berundur untuk memberi ruang kepada Anwar - yang sebelum itu menjadi calon perdana menteri bagi PKR, DAP dan Amanah.

Penubuhan Bersatu dan penyertaan parti itu ke dalam PH menyaksikan pembangkang ketika itu menukar strategi dengan menawarkan Mahathir - yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri selapa lebih 20 tahun - bagi menggantikan Najib.

Selepas membentuk kerajaan pusat pada Mei 2018, sesetengah pemimpin PKR mendesak agar ada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan kuasa daripada Mahathir, 94, kepada Anwar, 72.

Mahathir sendiri berkali-kali menyatakan beliau akan memenuhi janji berkenaan. Terbaru, beliau membayangkan ia akan berlaku selepas berakhirnya sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada akhir Nov tahun ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS