Ruzana bebas dari tuduhan menyeludup candu di Australia
Rakyat Malaysia Ruzana Zubir yang menghadapi tuduhan menyeludup candu di Australia dibebaskan oleh Mahkamah Daerah Sydney semalam.
Rakyat Malaysia Ruzana Zubir yang menghadapi tuduhan menyeludup candu di Australia dibebaskan oleh Mahkamah Daerah Sydney semalam.
Ia merupakan keputusan sebulat suara oleh 11 orang juri yang memulakan perbincangan mengenainya pukul 11 pagi semalam, sejurus selepas Hakim John Williams selesai menggulung keterangan saksi yang dikemukakan pada perbicaraan itu.
Menurut laporan Bernama, Ruzana menghadapi tuduhan menyeludup 5,071.1 gram opium ke Australia di Lapangan terbang Sydney pada 27 Mac tahun lepas dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau denda RM2.14 juta (AUS$700,000).
Wakil Peguam Ruzana, Nirmal Daud berkata, panel juri itu sepatutnya menyampaikan keputusan pada pukul 10 pagi waktu Australia tetapi menangguhkannya kira-kira sejam kemudian disebabkan Ruzana, 36, lewat sampai ke mahkamah kerana van yang membawanya rosak di tengah jalan.
Nimal Daud bercakap bagi pihak Datuk Shafie Abdullah, peguam yang mewakili Ruzana di Australia.
Nimal berkata Shafie menghubunginya di sini dari Australia mengenai keputusan itu pada pukul 9.15 pagi.

