Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hubei catat 81 kematian baru akibat koronavirus

Jumlah kematian di wilayah Hubei di China akibat wabak koronavirus meningkat kepada 699 setakat semalam, kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan di laman webnya pada hari ini.

Terdapat lebih 2,841 kes yang dikesan di Hubei, pusat wabak itu, yang menjadikan jumlah keseluruhan 24,953.

Koronavirus telah menyebabkan kematian 86 orang lagi di China, lapor, Suruhanjaya Kesihatan Negara itu pada hari Sabtu.

Ini bermakna jumlah kes yang disahkan di negara itu kepada 34,546.

Kematian terbaru, 81 di Hubei dan 5 di wilayah lain, yang membawa angka kematian di negara itu kepada 722, setakat semalam.

Jumlah kematian di seluruh dunia setakat semalam berjumlah 725 dan lebih daripada 35,000 kes jangkitan disahkan. Kebanyakan kematian terbaru di ibu kota Wuhan di Hubei, di mana virus itu dipercayai berasal.

Wuhan melaporkan 67 kematian baru pada hari Jumaat, meningkat daripada 64 pada hari Khamis. Sebanyak 545 orang di Wuhan kini telah terkorban akibat virus itu.

Kes baru yang disahkan di Wuhan meningkat kepada 1,985 pada hari Jumaat, daripada 1,501 pada hari Khamis.

- Reuters

Lihat Komen
ADS