DAP persoal waktu berkempen Datuk Bandar Kuching Selatan
Terjemahan Seorang calon DAP menggesa Datuk Bandar, Bandaraya Kuching Selatan, Chang Seng Khai yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Batu Lintang, supaya mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh pilihanraya negeri Sarawak.
Terjemahan Seorang calon DAP menggesa Datuk Bandar, Bandaraya Kuching Selatan, Chang Seng Khai yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Batu Lintang, supaya mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh pilihanraya negeri Sarawak.
Gesaan tersebut dibuat oleh Voon Lee Shan (foto), yang merupakan calon tunggal yang mencabar Chan bagi merebut kerusi berkenaan dalam pilihanraya Sarawak pada 20 Mei depan.
Chan mempertahankan kerusi Batu Lintang yang dimenanginya sejak tahun 1991.
"Sekiranya Datuk Bandar tidak mengambil cuti tanpa gaji,maka dia hanya boleh berkempen selepas waktu pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Datuk Bandar seperti biasa pada waktu bekerja.
"Dia adalah Datuk Bandar dan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga halehwal dan perjalanan pentadbiran Majlis...dia tidak boleh meninggalkan tugasnya pada waktu pejabat untuk berkempen bagi dirinya," kata Voon.
Voon membuat gesaan tersebut sebagai mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut Chan kini berada sepenuh masa di bilik operasi kempen pilihanrayanya, termasuk makan minumnya.
Pohon cuti
"Kita tidak tahu sama ada dia melakukannya di luar waktu pejabatnya. Chan Seng Khai patut menjalankan tugasnya sebagai Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan seperti biasa kerana dia masih dibayar gaji penuh sebagai Datuk Bandar sepanjang tempoh kempennya, sekiranya dia tidak memohon cuti tanpa gaji," kata Voon.
Menurut calon DAP itu "atas dasar akauntabiliti dan ketelusan, dan sebagai pembayar cukai, pengundi di Batu Lintang berhak mempersoalkannya dalam isu tersebut".
"Saya mempunyai hak untuk membuat laporan terhadap Datuk Bandar jika dia gagal untuk membuktikan yang dia telah memohon cuti tanpa gaji, atau dia berkempen di luar waktu pejabat," tambahnya.
Chan, anak lelaki pemimpin SUPP, Datuk Chan Siaw Hee, telah dilantik menjadi Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan sejak 1996. Beliau menggantikan Datuk Song Swee Guan yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Voon pula, seorang anggota polis yang menjadi peguam, bertanding buat pertamakalinya di kerusi Batu Lintang. Beliau pernah bertanding kerusi Pending pada pilihanraya 2001 tetapi tewas. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.