Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pekerja syarikat pembersihan pulang ke Indonesia, terima tunggakan gaji RM80k

Sebulan selepas majikan mereka didakwa atas memegang pasport mereka secara salah, lapan bekas pekerja syarikat pembersihan di Klang akan pulang ke tanah air mereka, Indonesia, hari ini.

Proses kepulangan mereka itu selepas pihak majikan menandatangani pembayaran untuk gaji yang tidak dibayar sebelum ini, berjumlah lebih RM80,000, menurut sumber dari Jabatan Tenaga Kerja Selangor.

"Pendengaran dibuat di Depot Tahanan Semenyih pada 5 Februari...dan penyelesaian dicapai dengan jumlah keseluruhan RM85,100.19.

"Pembayaran penuh telah dijelaskan melalui Kedutaan Besar Indonesia," kata sumber itu.

Difahamkan penyelesaian itu dicapai selepas rundingan, dengan tuntutan asal berjumlah RM122,500 difailkan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja Klang pada 13 Januari.

Ketika dihubungi, atas Kedutaan Besar Indonesia, Budhi Hidayat mengesahkan tuntutan gaji tak dibayar yang dibuat mereka telah diselesaikan menerusi mediasi oleh Jabatan Tenaga Kerja.

"Mereka akan menaiki penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta dengan diiringi seorang pegawai kedutaan yang bertanggungjawab dalam soal perlindungan pekerja migran.

"Di Jakarta, mereka akan disambut oleh seorang lagi pegawai, sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing," kata Budhi, dan menambah ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi penghantaran pulang pekerja.


BacaSyarikat pembersihan di Klang diserbu, 51 pekerja diselamatkan


Pada bulan lalu, Malaysiakini melaporkan CEO syarikat pembersihan itu, Teo Geok Heong, 41, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Pendakwaan juga mengarahkan kesemua lapan pekerja diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan difahamkan mereka ditempatkan di depot tahanan Semenyih sementara menunggu penghantaran pulang.

Mengulas lanjut, Budhi menyatakan pihak kedutaan akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk mengenal pasti tindakan lanjut yang perlu diambil, termasuk soal menjaga kepentingan pekerja lain syarikat tersebut.

"Kami terutama ingin memastikan pembayaran gaji mereka diuruskan dengan baik, serta tuntutan kerja lebih masa dan manfaat lain," katanya lagi.

Pekerja syarikat itu pada mulanya membangkitkan dakwaan eksploitasi kepada Migrant Care, dan berlindung di tempat perlindungan NGO hak asasi antarabangsa itu di Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi hari ini, wakil Migrant Care di Malaysia Alex Ong terus mempersoalkan tekad oihak berkuasa untuk bertindak ke atas majikan yang melakukan kesalahan.

Katanya lagi, pihaknya menerusi NGO di Indonesia akan terus melihat kemungkinan untuk menghentikan agensi pekerja di Indonesia daripada menghantar rakyat negara itu kepada majikan yang mempunyai rekod melanggar undang-undang buruh.

Lihat Komen
ADS