BERITA

Vaksin Covid-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan - WHO

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Feb 2020, 6:15 pagi

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi Twitternya beliau berkata "ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak."

Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata "sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak Covid-19," sambil menambah menghasilkan vaksin dan terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.

"Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam," katanya.

"Jadi, kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang," tambahnya.

- Bernama

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.