Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
4 pesakit Covid-19 pulih sepenuhnya, dibenar pulang
Diterbitkan:  Feb 14, 2020 5:06 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Menteri Kesihatan Dr Dzulkfely Ahmad mengumumkan empat individu yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan keluar hospital hari ini selepas sembuh sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Menerusi Twitternya, Dzulkefly berkata pesakit berkenaan merupakan kes pertama, kedua, ketiga dan kelima daripada 19 kes yang dijangkiti Covid-19 sejak kes pertama dikesan, 25 Januari lalu.

"AlhamdulilLah! 4 individu yg dijangkiti COVID-19 iaitu kes 1,2 3 dan 5 telah dibenarkan pulang hari ini. Jumlah kes COVID-19 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang sehingga kini adalah 7 daripada 19 individu yg dijangkiti COVID-19. 

"Tahniah & Jutaan terika masih kakitangan hospital KKM!" ujarnya.

Keempat-empat kes berkenaan merupakan ahli keluarga yang mempunyai kontak langsung dengan kes pertama yang dikesan di Singapura, melibatkan seorang lelaki dari Wuhan.

Kesemua mereka merupakan warganegara China, melibatkan wanita berusia 66 tahun, 36 tahun, dan kanak-kanak lelaki berusia 11 dan dua tahun.

Berita itu menjadikan angka terbaru kes yang berjaya disembuhkan setakat ini ialah tujuh orang kesemuanya.

Tiga lagi kes yang telah pulih sepenuhnya sebelum ini, ialah seorang budak perempuan berusia empat tahun, dan dua lelaki, masing-masing berusia 43 dan 63 tahun.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan warganegara China.

Hari ini, seorang lagi warganegara China disahkan positif Covid-19 di Kuala Lumpur. 

Lihat Komen
ADS