Laporan polis terhadap Datuk Bandar Kuching Selatan
Terjemahan Calon DAP bagi kawasan Batu Lintang, Voon Lee Shan hari ini membuat laporan polis terhadap lawannya dari Barisan Nasional (BN), Chan Seng Khai, yang juga Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan.
Terjemahan Calon DAP bagi kawasan Batu Lintang, Voon Lee Shan hari ini membuat laporan polis terhadap lawannya dari Barisan Nasional (BN), Chan Seng Khai, yang juga Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan.
Voon mendakwa, selaku Datuk Bandar, Chan telah berkempen ketika waktu pejabat serta membazirkan wang pembayar cukai.
"Jika mahu berkempen ketika waktu pejabat, dia harus mengambil cuti kerana dia dilantik ke jawatan datuk bandar bukanoleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tetapi oleh kerajaan (negeri)," katanya.
Voon (dua dari kanan) pegawai polis bersara yang menjadi peguam berkata sepatutnya seorang pemangku datuk bandar dilantik. Pengundian bagi pilihanraya negeri Sarawak ialah Sabtu ini.
Tiada gaji
Sementara itu, Chan dipetik soleh dua akhbar Cina sebagai berkata, beliau dilantik ke jawatan datuk bandar oleh partinya dan oleh itu, dia tidak dibayar gaji, tetapi hanya menerima elaun.
Sehubungan itu, Voon bertanya sama ada Majlis Bandaraya Kuching Selatan itu sebuah pertubuhan politik?.
Calon DAP itu berkata, datuk bandar berkenaan patut dipecat kerana berkempen dalam waktu pejabat.
Voon membuat laporan tersebut di balai polis Kuching. Beliau diiringi oleh calon DAP bagi kawasan Pending, Violet Yong Wui Wui dan pegawai lain parti tersebut.
Ketika ditemui, Voon berkata persaingan bagi kerusi Batu Lintang kawasan majoriti pengundi Cina dijangka sengit.
Sehubungan itu, beliau meminta para penggundi sama ada memilih wakil rakyat ataupun wakil kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri mula berkempen dalam pilihanraya negeri Sarawak.
Beliau ditemani calon parti berkenaan bagi kawasan Padungan Dominique Ng. Mereka menemui dan berjabat tangan dengan para peniaga di sepanjang Jalan Padungan
Anwar akan berucap di majlis mengutip derma untuk menyokong Ng petang ini. Kira-kira 2,000 orang dijangka hadir di majlis tersebut. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.