Praya S'wak: Serangan peribadi akan makan diri sendiri, kata Anwar
Terjemahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan 'rakan-rakannya' dalam Barisan Nasional (BN) bahawa perbuatan melakukan serangan peribadi akan 'memakan diri mereka sendiri'.
Terjemahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan 'rakan-rakannya' dalam Barisan Nasional (BN) bahawa perbuatan melakukan serangan peribadi akan 'memakan diri mereka sendiri'.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata jika mahu, beliau juga boleh berbuat demikian.
Beliau menegas demikian di majlis makan malam untuk mengutip sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina, yang ditandingi oleh calon PKR, Dominique Ng.
Anwar berkata, beliau tidak mahu melawan dengan mereka kerana mereka adalah rakan-rakannya sewaktu beliau menjadi timbalan perdana menteri dahulu.
Malah, katanya, seorang daripada mereka dari PBB pernah memberitahunya bahawa dia ingin sangat Anwar cepat-cepat menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
"Katanya:'Anwar saya akan sokong anda (bila menggantikan Dr Mahathir). Bila anda menerajui kerajaan, kita perlu tukar orang-orang (Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul) Taib Mahmud. Apakah anda mahu saya dedahkan nama pemimpin PBB ini?" soalnya kepada para hadirin.
"Ya, saya akan mendedah namanya. Inilah sebabnya, saya katakan jangan lawan saya macam ini, kerana saya boleh lawan balik!" katanya.
(PBB atau Parti Pesaka Bumiputera Bersatu diterajui oleh Ketua Menteri yang merupakan parti komponen utama BN Sarawak).
'Suara baru'
Anwar juga berkata, beliau tidak kisah dengan serangan oleh mereka yang disifatkannya sebagai 'ikan kecil'.
"Baru-baru ini, saya dijemput untuk bercakap di satu majlis di Korea Selatan. Saya bertemu Presiden President Kim Dae-jung yang memberitahu saya 'Anwar, kita perlukan suara baru untuk memperjuangkan keadilan dan kita mahu menyokongnya'.
"Seorang pemimpin negara menyatakan sokongan itu kepada saya. Jadi siapa kisah dengan apa yang dikatakan oleh ikan kecil ini. Kita mempunyai agenda yang lebih besar untuk membawa perubahan di Malaysia dan saya percaya ia boleh bermula di sini, di Sarawak," katanya diikuti tepukan gemurah para hadirin.
Anwar, yang dipecat daripda kerajaan pada tahun 1998, berkata, beliau tidak ada sebarang masalah peribadi dengan Taib atau pemimpin BN yang lain di Sarawak.
"Perjuangan saya terhadap mereka bukanlah perkara peribadi. Tetapi saya menentang pemimpin yang mencuri balak, tanah dan mengkaya diri mereka sendiri, anak-anak mereka dan kroni mereka," katanya.
Beliau juga mengingat para pengundi supaya jangan tertipu dengan dasar 'pecah dan perintah' kerajaan BN.
"Kita berada di sini bukan untuk melawan Supp (parti komponen BN) atau PBB. Kita berada di sini berjuang untuk perubahan. Kita bukan seperti mereka, kita tidak melaga-lagakan kaum-kaum yang berlainan antara satu sama lain dan memerintah. Kita mengamalkan politik baru yang berjuang untuk semua, sama ada kaum Iban, Cina atau bumiputera," katanya.
Hentikan rasuah
Anwar berkata, undi untuk pembangkang bermakna meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang seterusnya akan memberi faedah kepada ekonomi negeri.
"Saya pernah menjadi Menteri Kewangan, jadi saya tahu ia (Sarawak) mempunyai pendapatan yang baik. Balaknya adalah antara yang terbaik di dunia tetapi bagaimana rakyat akan mendapat faedah daripadanya apabila separuh daripada balak yang dihasilkan itu diambil oleh ketua menteri? Apa yang diperolehi oleh rakyat? Mengapakan kekayaan negeri ini dirompak oleh beberapa orang sahaja?
"Kita mesti menghentikan (perbuatan) ini daripada berterusan, ini rasuah dan penganiayaan," katanya.
Sementara iu, seorang ahli perniagaan tempatan, ketika diminta mengulas mengenai ucapan Anwar itu, bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.
Ditanya sama ada ucapan Anwar akan mempengaruhi undinya nanti, beliau yang tidak mahu namanya disebut, berkata: "Mungkin..."
Parti pembangkang gagal bertapak di Sarawak yang selama ini merupakan kubu kuat BN sejak negeri ini menyertai Malaysia papda 1963.
Anwar juga pergi ke Kampung Semerah Padi di Semariang semalam untuk berucap di DUN yang majoriti pengundinya orang Melayu.
Bagaimanapun, sambutannya agak kurang apabila hanya kira-kira 200 sahaja hadir untuk mendengar ucapan beliau. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.