Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setiausaha akhbar Anwar mohon sebahagian kandungan saman Yusoff dibuang

Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, memfailkan permohonan untuk membuang beberapa perenggan dalam saman Muhammad Yusoff Rawther terhadapnya.

Tunku Nashrul mendakwa bahagian tersebut mempunyai motif politik serta menyalahgunakan proses mahkamah demi kepentingan politik.

Perkara itu disahkan oleh peguam Tunku Nashrul, Muhammad Azwar Ab Manab, ketika dihubungi Malaysiakini.

Permohonan itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 25 Oktober tahun lalu.

Muhammad Azwar berkata anak guamnya membuat permohonan tersebut kerana mendapati tuntutan yang dibuat plantif langsung tidak mempunyai kaitan dengan anggota Parlimen Port Dickson itu.

"Maklumat (yang dinyatakan di dalam perenggan yang digugurkan) tidak ada kaitan dengan tindakan (saman Yusoff). (Saman utama itu sendiri) tidak ada kaitan dengan Anwar," kata Azwar.

Pada 5 Feb lalu Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak turut memfailkan permohonan yang sama.

Tak perlu masuk

Azwar, yang juga mewakili Farhash, berkata keputusan kedua-dua permohonan tersebut ditetapkan untuk keputusan sebelum sebutan kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Tambah Azwar, sekiranya kedua-dua mahkamah rendah membenarkan permohonan berkenaan, ia tidak akan menjejaskan keseluruhan saman sebaliknya hanya mengeluarkan perenggan yang ditolak dari Kenyataan Tuntutan saman terbabit.

Menurut salinan permohonan yang dibuat Tunku Nashrul dan dilihat Malaysiakini, permohonan tersebut meliputi perenggan 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9, serta perenggan 10 dengan subperenggan (a), (b ), (c), (d), dan (e).

Penyataan dalam perenggan tersebut menyatakan ia adalah satu penyataan bermotifkan politik serta hanya untuk menyalahgunakan kuasa mahkamah bagi mendapatkan keuntungan politik.

"Political stunt yang dilakukan oleh plantif ini akan mengelirukan mahkamah serta menyebabkan tuntutan dan prosding mahkamah dipolitikkan serta dilihan akan mengganggu perjalanan prosiding mahkamah," katanya.

Afidavit yang disertakan dengan permohonan yang ditandatangani Tunku Nashrul juga menyatakan bahawa perenggan yang ditangani dan berkaitan dengan Anwar itu tidak perlu dimasukkan ke tuntutan saman kerana dakwaan utama hanya melibatkan Yusoff dan Tunku Nashrul.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS