Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan awal untuk ubat Covid-19 dalam tempoh 3 minggu -WHO

Keputusan awal untuk ujian ke atas dua penawar yang berpotensi bagi merawat Covid-19 akan siap dalam tempoh tiga minggu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dua jenis dadah itu dikesan oleh WHO dalam usaha mempercepatkan pencarian penawar, melibatkan ujian klinikal yang memerlukan pembiayaan.

"Kami sedang menunggu keputusan dua ujian klinikal terapeutik yang diberikan keutamaan oleh Pelan Pembangunan R & D WHO.

"Satu menggabungkan dua ubat untuk HIV - lopinavir dan ritonavir - dan yang satu lagi sedang diuji ialah antiviral yang dikenali sebagai remdesivir antiviral," kata  Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat media di ibu pejabat WHO di Geneva malam tadi.

Tedros sebelum ini mengumumkan bahawa vaksin baru untuk Covid-19 boleh siap dalam tempoh 18 bulan, tetapi menegaskan ia adalah untuk persediaan jangka panjang.

Ujian itu dipercepatkan menggunakan ubat sedia ada yang telah lulus ujian keselamatan kepada manusia dan dengan itu hanya memerlukan sedikit ujian tambahan.

Setakat ini, tidak ada penawar untuk Covid-19, yang pertama kali dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu.

Penyakit itu telah menjangkiti 75,748 orang dan membunuh 2,129 daripada mereka, dengan jangkitan terbaru dikesan di Iran semalam. 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS