Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Misi kedua bawa pulang rakyat M'sia di Wuhan selamat tiba di KLIA
Diterbitkan:  Feb 26, 2020 9:18 AM
Dikemaskini: 3:17 AM

Kapal terbang kedua yang dihantar untuk membawa pulang warga Malaysia dan keluarga mereka dari Wuhan dan kawasan sekitar di China selamat pulang ke Malaysia.

Pesawat AirAsia AK8265 mendarat di KLIA pada kira-kira pukul 6.50 pagi tadi, membawa 66 daripada 75 orang yang dijadual meninggalkan Wuhan, tempat terletusnya wabak Covid-19 yang setakat ini telah mengorbankan 2,700 nyawa di seluruh dunia - kebanyakannya di China - dan menjangkiti lebih 80,000 orang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan sembilan orang lagi tidak dapat pulang ekoran faktro kesihatan, seorang tidak dapat ke lapangan terbang dan seorang lagi terikat dengan komitmen kerja.

Turut berada dalam pesawat ialah 12 kru, sembilan wakil kerajaan Malaysia dan dua pegawai kedutaan Malaysia di Beijing.

Selain saringan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan, mereka turut menjalani pemeriksaan di Unit Kecemasan Udara di KLIA dan dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (Akept) Nilai di Seremban, untuk dikuarantin selama 14 hari.

Sementara itu, mereka yang dijangkiti virus itu, jika ada, akan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban.

Semalam, Nadma mengesahkan usaha membawa pulang kedua masih diteruskan di tengah-tengah kemelut politik susulan keruntuhan kerajaan PH, peletakan jawatan perdana menteri dan ketiadaan kabinet.

Ia termasuklah kehilangan jawatan Dr Dzulkefly Ahmad selaku menteri kesihatan dan Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku timbalan perdana menteri, yang memantau Nadma.

Pada Isnin lalu, Mahathir dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi beliau belum menamakan mana-mana menteri interim.

Ikuti laporan langsung kami berkenaan perkembangan itu di sini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS